Friday, February 14, 2020

Projek Piala


Bila anak ko Ariq teringat
ada projek seni nak kena hantar esok.
Masa tu dah pukul 9 malam
lepas mengaji.
Maka gigih la Mummy bawa keluar
segala jenis bahan yg ada.

Mujur la sebelum ni ada beli
cawan kertas.
Hiasan yang ada tp tak semua pun pakai hehe

Kena buat Piala Saya Hebat.



Ai pun monitor la dia buat.
Tolong 50% la sebabnya
dah lewat dan lambat siap
kalau dia buat sorang2.



Rupanya ada dua warna tuk kertas kilat.
Tapi ada satu je warna gold,
nasib baik la kat tempat ai
simpan paper/ plastic bag bagai,
ada warna kilat2 dr gift gi wedding.
Jumpa la warna putih kilat.
Jadi la.. kalau ikutkan buku
warna kilat tu biru :)



Walaupun senget benget pialanya,
tampal kertas pun tak kemas,
tp Mummy tetap bangga nak oi.



Janji ada hasil air tangan kamu tu.
Siap dalam pukul 11.30 malam.
Kemas2 terus masuk tidur.

No comments: