Thursday, February 27, 2020

Jambatan Angkat Kuala Terengganu


Dah alang2 sampai ke Kuala Terengganu,
harusla ai ajak enZaf ke Jambatan Angkat
atau bahasa inggeris Drawbridge.

Masa ni dekat pukul 3 petang tak silap.
Cuaca ya ampun,
tak boleh bawa bincang.
Panas ya amat, awan pun takde.
Dekat dengan laut plak tu..
lagi la merelit panasnya.



Kalau ikutkan hati mmg
taknak keluar dari kereta.
Tp dah jauh datang,
takkan tengok je kan.
Kenala keluar semata nak bergambar.



Mata tak boleh nak buka besar2.
Anak2 plak dah bising panas,
terutamanya Aliah.
Diva mmg gitu... tak boleh
panas lansung huhu



Kat atas jambatan yang ada kaca2 tingkap
tu kita boleh naik,
tengok pemandangan dari atas,
tp kami tak pergi pun.
Tak sure naik tu free atau berbayar.



Masa ai nak ambil gambar dorang,
tetiba ada pakcik ni offer
nak snapkan gambar kami sekeluarga.
Dia siap kata kami ni org jauh
elok la bergambar semua ada.
Eh tau plak dia kitaorg ni pelancong hehehe
Terima kasih pakcik.
Jasa baikmu kami kenang :)

Lepas bergambar sekeluarga
terus kami menuju ke kereta.
Sempat la bergambar lagi anak
dara sulongku ini.



Ambil lagi gambar kesayangan.



Masa duk dalam kereta,
ai belek balik gambar2 yg diambil.
Masa tu mulut mengomel,
kata tak bape cantik sangat angle
bergambar dgn jambatan ni.

Ai siap tengok kat ig,
gambar2 orang ambil gambar jambatan ni,
view mana yg elok.
Belek punya belek jumpa 2-3 gambar
ai berkenan tempat orang shoot nampak jambatan.

Pujuk la enZaf ajak bergambar lagi sekali.
Ikutkan dia dah malas.
Katanya dah okay gambar2 tu,
tp seperti biasa ai is degil.
Terpaksa la enZaf turutkan.

Bukan apa..jauh datang ni.
Nak dtg lagi ke sini tak tau lagi bila.
hehehe baik alasan tu kan.

Ni la view yang ai berkenan
hasil dari tengok kat ig orang.



Cantikkan..
puji diri sendiri hahaha



Takde orang plak nak suh ambilkan gambar.
Wefie pun jadi la.



Terima kasih enZaf dan anak2,
sudi layan Mummy dorang ni.
Gigih bergambar walaupun panas ya amat.

Oh waktu malam, jambatan ni ada lampu warna-warni,
cantik tp ai tak ambil gambar.
Tengok dari jauh je.


No comments: