Thursday, February 6, 2020

Hari Koko


Setiap Rabu adalah hari koko sekolah anak-anak. Rasanya semua sekolah sama kotkan hari Rabu juga. Ke ada lain hehehe Tahun ni tahun baru untuk Aliah ada Koko Unit Beruniform dan Kelab. Tahun lepas koko dia sukan dan permainan sahaja. Masa apply kan dia untuk register koko. Oooo sekolah sekarang hebatkan, register online saje. Kemain zaman teknologi canggih ni, memudahkan kita juga bagi parents buat itu ini.

Bagi kelab Aliah pilih Kelab Kesenian dan Kebudayaan. Manakala Unit Beruniform Aliah pilih Tunas Puteri. Dia tak nak sama dengan kakak dia, Puteri Islam.



Lencana kiri kanan dia baru ai jahit malamnya tu. Esok nak pakai baru terhegeh-hegeh Mummy dia nak buat huhu Kemudian nak beli lencana bunga dia, baru dapat tahu dia group apa. Ai pun terpaksa study nama bunga-bunga dalam Tunas Puteri ni hahaha Seluar Aliah tu panjang, terlupa nak alter, ai main jahit je kat bahagian dalam bagi pendek. Kalau belek betul-betul seluar tu, teruk betul jahitan ai buat haha. Mujur la tak berapa nampak sangat :p

Akak Zahra pula bajunya dah kecil sikit, nampak la macam sendat. Ai malas nak membeli baru. Setakat nak pakai untuk tahun ni je pun. Lepas ni nak bagi pada siapa yang nak. Harga uniform ni pun boleh tahan mahal jugakan. Fikir kesian pada yang kurang kemampuan tu nak pula anak ramai. Semoga mencurah rezeki buat mereka.

Bila dah ada koko, anak-anak pun balik lambat. Kebetulan pula enZaf dia tak masuk office. Dia ada urusan kerja kat bank. Apa lagi ai pun laju-laju la follow. Sebabnya urusan bank dia tu kat The Curve haha Kalau dekat dengan mall ai memang suka ikut, dia buat kerja kita boleh window shopping. Lepas dah selesai kerja, kami makan kat Italiannies.



Pizza tu kids meal, free saja untuk anak. Untung kami, dapat tumpang makanan Qaireen haha



Dah makan ape lagi, sambung jalan dalam shopping mall :p Kami balik sebelum anak-anak habis koko.


1 comment:

Unknown said...

Your Affiliate Profit Machine is waiting -

Plus, earning money online using it is as easy as 1-2-3!

Follow the steps below to make money...

STEP 1. Input into the system which affiliate products you want to promote
STEP 2. Add PUSH button traffic (it takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the system explode your list and sell your affiliate products all by itself!

Are you ready to make money automatically?

The solution is right here