Thursday, May 9, 2019

Lanun Uptown


Haritu sebelum puasa,
enZaf bawak kami makan malam kat uptown.
Permintaan dari anak bujang
yang nak makan beef steak katanya.
Lama dah dia mintak nak makan,
tp masa tak mengizinkan hehe
Kemain macam orang mengidam apa.
Kebetulan pun mmg lama kami tak ke sana.

Muka masing2 kemain happy ye.
Dan ofkos la yg ambil gambar ni pun
senyum lebar juga. :p



Ariq suka steak kat Lanun ni.
Aliah pun suka juga.



Takat ni order satu dua orang ni share.
Esok dah besar sikit,
sorang satu la jawabnya.

Akak Zahra je tak layan steak.
Dia masih selective lagi bab2 makan.
Payah sungguh la nak bagi dia cuba huhu
Malam tu dia order bihun goreng.

Ai ofkos la makan steak juga.
Lepas makan steak cakap ngan enZaf,
rasa lapar lagi.

Order tauhu bakar plak.



Itu pun mengah2 nak habiskan.
Ingatkan dapat separuh ngan enZaf,
sekali dia makan satu je huhu

Okay jap lagi nak masuk dapur,
masak tuk berbuka plak.
Masak sayur dan telur dadar.
Sup ayam sahur tadi masak lebih sikit,
haha pandai dah buat lebih sikit :p
Pastu tambah satu menu
nak buat roti sardin.

Ha... misi nak puasa penuh kalini
tak tercapai.
Punya la lama tak datang period,
sejak bersalinkan Qaireen.
Rupa2nya nak keluar bulan puasa.
Puasa ke-4 diriku dah raya.
Walaupun tak puasa tetap macam puasa.
Cuma byk minum air je la,
menyusu badan ni cepat haus.
Lapar takat ni takde la rasa sangat.
Sebab sahur pun join makan juga :)

1 comment:

Umi Nazrah said...

wah menarik semua menu. best kan makan sekeluarga ramai2 camni, mesti meriah suasana ^_^