Friday, May 3, 2019

Hadiah Hari Guru 2019


Pada hari Selasa lepas, sekolah anak-anak membuat sambutan Hari Guru. Tahun ini ai serius tak tahu nak bagi cikgu-cikgu mereka hadiah apa. Ingatkan kali ini ai nak beli yang dah siap sahaja. Kononnya rancang nak beli hadiah dan terus letak dalam paperbag tetapi anak-anak ini pula siap tanya "Mummy, kita nak bagi dan buat apa untuk cikgu". Nada itu dengan excitednya tanya tu. Aduhai, ai baru nak bersenang lenang hahaha... tak sampai hati pula sebab anak-anak dah bersemangatkan.

Pada mula ai fikir cari barang di Kaison, tiba-tiba masa dalam kereta melencong ke Ikea haha.. Mujurlah enZaf tu okay dan melayan sahaja ai nak ke mana. Dia bab-bab begini memang serahkan pada ai sepenuhnya. Sebelum nek ke Ikea tu pun ai sempat search dahulu barang-barang di website Ikea. Tengok ada yang berkenan atau tidak supaya bila masuk dalam Ikea itu nanti, tak adalah lama sangat dan tercari-cari. Dah masuk Ikea boleh terus tuju tempat barang itu kan. Ai dah rancang nak beli mangkuk atau pun cawan. Masa tengah mencari tu, hanya ada mangkuk sahaja. Cawan tiada stok.



Mangkuk ini merupakan design terbaru. Harganya murah iaitu RM15 untuk 6 biji. Anak-anak ini nak bagi pada semua cikgu subjek, jadi sesuailah dengan barang dan harganya :) Bila dah masuk Ikea ini, haruslah ai tengok barang lain juga. Bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air". enZaf awal-awal lagi dah warning, hanya cuci mata sahaja hahaha.. hancur rancanganku :p Gambar di bawah ini gambar candid dari akak Zahra.



Agaknya lama dia tengok Mummynya membelek carpet tu kan sampai tak sedar dia ada ambil gambar. Bila ai tengok gambar tu ya ampun, dah berlapis bawah dagu hihihi... okay esok diet :) Oh masa ai membeli mangkuk ini sebenarnya masih tiada idea nak buat apa dengan mangkuk itu. Sukahati je main beli, takkan lah nak bagi kosong macam gitu sahaja. Bila dah sampai rumah, barulah ai mencari idea. Cakap dengan anak-anak idea ai tu, mereka semua setuju saja.



Bagi nak nampak mangkuk itu tidak kosong, ai rancang letak makanan seperti biskut, gula-gula atau pun cokelat. Nak beri hadiah kat cikgu ni pada hari Selasa, hari Isnin baru ai terhegeh-hegeh nak membeli makanan-makanan itu semua. Memang suka buat keje last minutes huhuhuhu... Malam baru mula membungkus. Keluarkan segala jenis bahan yang ada di dalam rumah. Kami pakai apa yang ada sahaja.



Masa dah sediakan bahan semua, ai buat satu contoh dan tunjuk pada anak-anak untuk mereka sambung buat. Itu pun setelah ai buat dua tiga kali sebabnya tengah fikir cara buat paling senang untuk anak-anak ikut.



Pada mulanya anak-anak ini pun ambil masa juga nak membuat, ditambah pula dengan Qaireen meragam nak menyusu. Ai ambil gambar dorang ni pun tengah menyusukan dia :) Qaireen dah semakin mengamuk, dia dah penat sangat dan sudah masuk waktu tidurnya. Laju-laju ai snap hadiah yang dah siap. Anak-anak pun ai suruh masuk tidur sebab dah pukul 11 lebih. Nanti ada yang tak bangun ke sekolah pula. Sebelum itu sempat ai suruh anak-anak siapkan kad untuk cikgu-cikgu mereka. Lepas tidurkan Qaireen, ai sambung sedikit mana yang belum siap lagi dan letakkan kad itu sekali.



Gardenia Twiggies ini buat dalam bentuk bouquet. Banyak bouquet kami buat, semua itu nak diberi pada cikgu-cikgu subjek, cikgu koko dan mana-mana cikgu yang dorang nak bagi.



Yang mangkuk itu nak bagi pada Guru Kelas kata mereka dan guru feveret dorang. Macam-macamlah anak-anak ini, asalkan mereka gembira ai pun gembira sama. Fuh selesai dah bab hadiah cikgu ini. Setiap tahun Mummy kena fikir hadiah apa nak bagi, bertabahlah.


No comments: