Thursday, May 2, 2019

Bye Bye Viva


Berat hati nak lepaskan Viva ku ini.
Disebabkan jarang jarang jarang sgt pakai,
akhirnya ai dan enZaf buat keputusan
jual kereta ni.
Kat rumah sampai 3 kereta,
sebab tu tak pakai sgt.
Nak bagi anak pakai,
lama sangat la nak tunggu.
Kereta tu pun dah jahanam.

Lama dah kereta ni,
10 tahun dah kot.
Dah habis bayar dah pun.

Dua minggu lepas pergi Maybank,
nak ambil grant kereta.
Kalau tak jual mmg takdenya
nak pergi ambil hehe



Nasib baik cepat urusan kat bank.
Lepas tu kami terus ke Ikano.
Minum petang.
Qaireen masa ni masih lagi selesema.



Meragam je,
tak boleh duduk lama.
Nak berdukung.



Minggu lepas plak ke JPJ.
Nak buat pertukaran nama.
Ya ampun ramainya manusia.



Menda pertama ai fikir,
jangan la Qaireen meragam.
Dia bising ai umpan dgn biskut.



Walaupun ramai laju juga urusan kat kaunter.
Semua kaunter bukak,
bagus sangat.

Ingat nak bagi kat adik2 ai pakai,
tp masing2 ada kereta idaman sendiri
nak beli.
Tak pandang viva ni kemain hehe
Lagi pun kereta dah lama,
elok la beli baru..
kang macam2 masalah plak rosak sana sini.
Buat penat repair je kan.


Inilah Viva biruku.



Banyak jasa kereta ni.
Ni la satu2nya kereta pertama
ai beli masa kerja.
Sebelum ni pakai kereta abah bagi
dari zaman belajar kat universiti
sampai anak sorang :)

Semoga Viva ni dapat berkhidmat
dan dijaga rapi dengan tuan baru.

No comments: