Wednesday, April 10, 2019

Projek Sains Struktur Gigi


Rasanya tahun ni byk betul
Aliah kena buat projek Sains.
Dan seperti biasa,
esok nak hantar,
harini baru terhegeh nak buat huhu

Kalini kena buat tentang struktur gigi.
Dia ada bagitahu minggu lepas.
Dari hari ke hari ai terlupa,
dan dia pun sama naik gak lupa ppffttt..

Semalam juga la ai keluar pergi beli tanah liat.
Nasib baik la umah dekat ngan
kedai stationary.
Bahan lain dah ada kat umah.

Semalam start buat pun dah pukul 9 lebih malam.
Dia pun dah terkebil2 mata mengantuk.
Ai plak Qaireen pun nak menyusu dan tidur.
Buat pun laju2 je huhu



Tengah nak potong botol,
enZaf balik.. apa lagi
suruh dia potongkan la hehe



Aliah uli tanah liat.
Pakai kayu letak tisu dapur,
kayu uli takde kat rumah ni :p



Ariq pun sibuk nak buat.



Masa nak masukkan tanah liat
dalam bekas botol tu,
tak cukup plak tanah liatnya.
Tak reti ai nak bajet byk mana.
Dah kena buat balik tampal2 la apa yg patut.
Dua kali kerja huhu



Tapi tu semua air tangan Aliah.
Dah siap bentuk gigi tu,
Kena belah dua plak.
Baru nampak dalam gigi tu nanti.



Lepas potong tu Aliah dah tak larat,
mengantuk sangat katanya.
Jadinya ai terpaksa sambung buat keje dia.
Ai cuma buat saraf dgn letakkan benang
kat gigi tu.
Pastu labelkan.
Yang label tu ai suruh
Aliah tulis siap2 kat kertas.
Nanti ai potong dan lekat labelkan aje.

Esoknya iaitu hari ini,
bangun pagi tgk gigi dia tu dah siap hehe



Walaupun tak kemas macam buku,
jadila sekurang2nya ada rupa gigi tu kan
hahahaha



Agak cerewat gak buat keje ni,
nampak simple tp remeh.

No comments: