Friday, April 5, 2019

Mandi Manda Waktu Petang


Lama tak mandi kat swimming pool rumah.
Walaupun ada kolam renang tp
jarang sangat turun mandi hehe
Tapi masa cuti sekolah seminggu baru2 ni,
bawak la jua anak mandi
itupun setelah dipaksa oleh enZaf.

Dia nak turun joging,
tp dia paksa ai melayan anak2 mandi kolam.
Hampeh sungguh...
Demi taknak jadi isteri derhaka,
gigih jua la layan anak2 :p

Cuaca masa cuti tu pun amat panas,
mmg elok sgt la bwk anak2
mandi situ.
Air dalam kolam tu pun
sedap2 je suam.

Qaireen lambat sikit panas.
Dia celup2 kaki je dulu.
Tangan dia pegang ketat kat baju ai
tak nak lepas.



Dah lama gitu,
ha kemain lagi tak nak orang pegang plak.
Nak lepas macam la terer berenang.

Ikutkan akak Zahra dia nak pergi
bahagian dalam.
Tp ai yg tak bagi sbb takde sapa
boleh tgkkan dia walaupun
dia bole berenang.
Ai tak cukup tangan nak handle semua.

Nasib baik dia okay je mandi kat tempat tak dlm hehe
Thank you kakak memahami.



Tak ramai sangat orang masa kami mandi,
mungkin ramai yg balik kampung
or pergi holiday.
Bagus jua kan takde la haru biru sgt.

Sempat suruh enZaf amikkan gambar
sebelum balik rumah.
Qaireen lah yg paling happy.



Ariq ni pun kira lama dia mandi.
Selalunya dia la orang pertama yg
akan naik dulu
sebab tak tahan sejuk.



Puas berendam semuanya.



Part paling haru bila balik rumah,
ai nak kena cepat2 mandi tp
dalam masa yg sama nak kena setelkan
Qaireen dulu.
Tp bila dia dah bersiap ofkos la nak susu.
Tau la lepas swimming harusla rasa lapar.
Kelam kabut ai dlm bilik air
mandi mcm tak mandi.
Eh...mcm tak biasa sejak ada baby ni kan.
Segala2 nya nak cepat,
tak sempat, lebih kurang atau apa saja
seangkatan dgnnya. :p

2 comments:

الرحمه للتنظيف said...


شركة تنظيف كنب بالخبر
شركة صيانة مكيفات بالخبر
شركة تنظيف مطابخ بالخبر

الرحمه للتنظيف said...


شركة تنظيف منازل بالخبر

شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار