Monday, April 1, 2019

Sama-sama Lebam


Dua beradik ni Ariq & Qaireen sama-sama lebam kat bahagian dahi. Tempat yang sama pula tu dua orang ni haha adoila sehati sejiwa ke :p Ariq ni dapat lebam kat sekolah.



Katanya dia jatuh dalam kelas. Kawan-kawan dia main berlari-lari lepas tu terlanggar dia. Terhantuk kepala kat kerusi huhuhu Kesian anak Mummy, mujur la takde luka apa. Yang pasti ai dah report kat guru kelasnya. Takut la dia ada kena buli ke, mana la nak tahu kan. Orangnya kecik je sasaran mudah nak kena buli huhu Tapi buat masa ni Ariq takde masalah dia tak nak ke sekolah ke apa. Tengok dia happy je nak ke sekolah. Bagi ai selagi dia tiada menangis atau takut-takut nak ke sekolah, ai assumed dia okay je la kat sekolahkan.

Selang sehari Qaireen pula lebam kat dahi jua. Tak berapa nampak sangat lebam tu dalam gambar ni tapi kalau tengok depan-depan memang jelas nampak.



Nak ambil gambar dia tapi tak reti dok diam plakkan. Dapat lebam tu akibat jatuh dari katil masa tidur. Silap ai sebab lupa nak hadang dengan bantal. Agaknya berguling-guling tu yang jatuh. Masa jatuh ai tengah rehat tengok tv huhu Dengar bunyi hentakan kuat dan terus menangis. Ai berlari macam tak cukup tanah ke bilik huhu. Check semua anggota badan dia kot ada lebam kat lain. Monitor dia dalam 30 minit kot ada muntah ke apa kan. Alhamdulillah takde apa-apa.

Selamat datang bulan April. Dah masuk bulan 4 dah kita ye.

2 comments:

رامز المثاليه said...

شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

رامز المثاليه said...


شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف خزانات بالجبيل