Friday, March 15, 2019

DIY Chef Costume


Aliah ada beritahu ai yang hari Isnin baru ni dia ada masuk satu presentation untuk minggu panitia Bahasa Inggeris. Kena naik atas stage dan bercerita mengenai pekerjaan. Dia nak masuk dan pilih pekerjaan chef. Kalau nak ikutkan katanya pertandingan tu minggu hadapan dan cikgu pesan untuk buat kostum sendiri atau boleh juga beli siap. Bila dia beritahu tu, ai okay je la sebab lambat lagi. Tup tup semalam balik dari sekolah, Aliah beritahu yang nak present tu esok maknanya hari ini Jumaat. Ya ampun... dia salah dengar apa yang cikgu pesan huhu Balik dari sekolah dah malam, nak keluar pergi membeli costume memang tak la, ai tak sanggup nak huru hara dengan Qaireen. enZaf takde sebab dia outstation ke Penang.

Jadi gigih la ai memikirkan bagaimana nak buat. Lepas dia mandi dan makan malam, terus ai ajak dia brainstorm nak buat macamana sebab dalam pukul 8.30 malam dia nak pergi mengaji pula. Ai sediakan bahan apa yag diperlukan. Nasib baik kat dapur ada simpan kotak biskut. Kotak tu nak buat spatula, tanpa melengahkan masa ai terus ajak dia buat. Untuk spatula ai sketch dan guntingkan siap-siap sebab nak cepat, Aliah hanya tampalkan 2 keping kad tu bagi keras sikit. Kotak biskut tu nipis itu yang kena buat double.



Ingatkan nak buat lubang pada spatula tu menggunakan pisau tapi susah pula nak buat, kang tak pasal koyak. Jadinya ai suruh Aliah lukis pakai marker pen je la. Lagi senang, mana yang leceh tu kita abaikan hehehe



Masa buat ni Qaireen dah tidur, itu yang ai boleh tengokkan. Ngam ngam siap spatula tu, terus suruh anak-anak get ready pergi mengaji pula. Balik dari mengaji Aliah sambung buat. Kalini buat topi chef pula. Guna kertas A4 je. Ai search kat Youtube tengok cara buat topi chef ni, kebanyakkannya semua macam payah dan leceh. Akhirnya ai ikut sikit-sikit dan ubah apa yang patut. Yang pasti yang menyenangkan diri nak buat haha Ukur lilit kepala Aliah kena pakai 3 keping kertas. Ai buat satu sample dan lagi dua kertas tu Aliah ikut dan buat. Ada yang senget benget.. tak kisah la nak, janji dia buat sendiri.



Dah siap gunting ai tolong sambung dan tampalkan kertas tu mengikut lilitan kepalanya. Tada!! comelkan.



Tinggal baju je ai tak habis fikir nak buat macamana. Baju long-sleeve putih tiada pula kat rumah ni. Yang ada hanya baju putih short-sleeve. Ai tanya Aliah okay tak nak guna lengan pendek, dia kata okay. Takkan la nak beli baju semata nak buat ni kan. Lagi pun dah malam tak sempat dah nak beli apa-apa pun. Kemudian ai fikir lebihan kotak yang buat spatula dia tu, boleh buat butang. Masa ni ai laju-laju bagi idea kat Aliah macam mana nak buat butang. Sebabnya Qaireen dah bangun dan bising nak susu. Tak sempat nak ambil gambar Aliah buat butang-butang baju ni. Ariq pun tolong Aliah sama buat butang.

Qaireen dah habis menyusu ai terus tengok Aliah. Siap dah butang-butang tu semua. Terus ai susun dan tampal kat baju putih dia tu. Tampal pakai double-sided tape je. Ariq pun join bergambar sama. Bagi kredit kat dia sebab tolong buatkan butang baju hehe Thank you Ariq!



Suka Aliah akhirnya siap juga kostum chefnya.



Ai suruh dia sarung baju tu dengan baju kurung terus sebab nak bagi baju tu lengan panjang hihi. Seluar putih takde, Aliah pakai track pants je :) Nasib baikla Aliah ni jenis tak berapa cerewet. Mummy buat apa dia okay je. Walaupun nampak simple tapi Mummy bangga sebabnya boleh siapkan dalam masa yang singkat. Bahan pun guna apa yang ada saja. Semoga dia menang masa present tu hehe Salam Jumaat kawan-kawan. Jangan lupa baca surah al-Kahfi.

2 comments:

Eliss said...

wah hebat la mummy. kalau mak, matilanak.. tak yah gi sekolah je la..hahahahahahahaha

Nurhayati said...

ada juga cakap dgn Aliah
bgtau cikgu cancel la tak payah masuk.
Tp tgk muka dia sedih,
tak sampai hati.
gigih la juga buatkan.