Monday, March 18, 2019

Zahra's Turn 11


Semalam hari Ahad tarikh 17hb 3 adalah hari birthday anak sulong Zahra yang ke-11 tahun. Besar dah anak Mummy sorang ni. Ai macam tak percaya pun ada hehe Sebenarnya macam tak boleh terima dia dah besar :p Gambar bawah ni masa hari Sabtu, pergi beli hadiah dia sehari awal.



Beli mainan Littlest Pet Shop (LPS) jumpa pula haiwan feveret dia Fox. Sebelum ni dia dah tengok, tapi dia tak ada pula minta beli. Zahra ni dia sejenis yang tak reti nak minta. Melainkan kita tanya banyak kali atau pun belikan terus tanpa tanya. Tapi dari air muka dia ai memang tahu dia nak. Belum ai tanya dia laju je cakap dia nak beli masa birthday nanti. Dan sebelum ni juga ai perasan kalau pergi shopping mall, nak-nak masuk toys area dia mesti tengok LPS jap, kebanyakkan pergi semua takde fox yang dia nak. Setakat ni hanya satu tempat je nampak ada kat dalam Metrojaya MV ni. Itu yang Sabtu tu pergi la juga ke sana balik, sebab dah tahu ada fox yg dia nak.

Kami pergi beli awal sehari sebabnya Ahad Zahra tuisyen dan petang pula enZaf ada bola. Takut tak sempat nak membeli, terkejar sana sini :) Jadi masa hari jadi dia tu, lepas tuisyen kami terus ke Ikano. Celebrate makan kek gitu. Ingat nak mencuba makan kat Ikea cafe tapi penuh pula. Terus kami tengok kedai sebelahnya. Nama kedai Second Cup.



Tengok deko dalam kedai nampak cantik dan lebih menarik kat dalam kaunter ada banyak jenis kek ai nampak. Kami pun setuju makan kat situ dan ai terus suruh Zahra pilih kek mana yang dia berkenan. Aliah & Ariq pun sibuk nak kek juga. Tak ingat nama penuh kek ini, tapi yang pasti cokelat atas ke tu ada Nutella, ada Rainbow cake & Carrot cake.



First time cuba, sedap-sedap kek kat kedai ni. Kena dengan tekakku yang suka tak terlalu manis. Bole datang lagi ni, nanti nak try kek lain pula. Birthday girl pilih Rainbow Cake.



Kedai ni takde candle plak, dah enZaf gigih nak pergi beli candle. Mujur lah dalam IPC ni ada kedai Balloons dan dekat saja jaraknya. Sementara tunggu Daddy dorang beli lilin, ai pun ambil la gambar anak-anak.



Rupa-rupanya EnZaf bukan beli candle saja, dia beli belon juga. Katanya dia nampak ada gambar dinosaur tu yang laju membeli. Anak dara ni kan suka sangat dengan dino. Dari kecik sampai sekarang masih suka.



Kami menyanyi lagu birthday beramai-ramai dan Zahra tiup lilin. Lama juga kami lepak dalam kedai ni. Nak berjalan pusing mall malas jadinya kami menghabiskan masa dengan makan dan borak sampai enZaf nak pergi main bola petang tu. Anak-anak pun seronok dapat main-main dengan belon berlari sana sini macam buat rumah sendiri pula. Mujur tak ramai orang, kalau tak mengganggu je.



Oh yer ni video masa nyanyi dan tiup lilin.



Ambil gambar birthday girl lagi. Suka betul dia dengan belon tu.



Ambil lagi gambar dengan adik beradik pula. Masa bergambar tu ai panggil Qaireen dan kira 1,2,3 terus dia buat muka macam tu haha Gedik sangat nak oi. :)



Akak Zahra & Mummy. Thank you Ariq snapkan gambar ni.



Akak Zahra & Daddy pula.



Dan gambar penutup haritu Mummy & Daddy bersama anak sulong.



HAPPY BIRTHDAY QASRINA ZAHRA!! Semoga yang terbaik buatmu anakanda. Oh ya dia bercita-cita nak jadi vet. Sebab tu dia suka mainan haiwan hehe Apa pun Mummy Daddy sentiasa berdoa semoga impian dia tercapai dengan izin Allah.



No comments: