Friday, March 15, 2019

DIY Chef Costume


Aliah ada bagitahu ai
hari Isnin baru ni yang dia
ada masuk presentation tuk
minggu panitia Bahasa Inggeris.
Cerita pasal pekerjaan.
Dan dia pilih chef.

Ikutkan kata dia minggu depan
dan cikgu pesan buat kostum sendiri or beli.
So ai okay je la sbb lambat lg.
Tup tup semalam balik dari sekolah,
Aliah bagitahu yang nak present tu esok,
maknanya hari ini Jumaat.
Ya ampun... dia salah dengar cikgu bgtau.

Balik sekolah dah malam,
nak beli mmg tak sempat la.
Bole je nak membeli tp nanti
mesti huru hara dgn Qaireen lagi.
enZaf plak takde,
dia outstation ke Penang.

Jadi gigih la ai memikir nak buat camne.
Lepas dia mandi bg makan,
dah selesai terus ajak dia buat sikit.
Sbbnya pukul 8.30mlm dia nak pergi mengaji plak.

Nasib baik kat dapur ada kotak biskut.
Kotak tu buat spatula.
Ai sketch dan guntingkan sbb nak cepat.
Aliah tampalkan 2 keping tu,
bg keras sket.



Ingatkan nak buat lubang guna pisau,
tp susah plak nak buat
kang tak pasal koyak.
Jadinya ai suruh Aliah lukis pakai marker pen je.



Time ni Qaireen tidur,
tu yang boleh tengokkan.
Ngam ngam siap spatula tu,
terus suruh anak2 get ready pergi mengaji.

Balik dari mengaji sambung lagi.
Kalini buat topi chef plak.
Guna kertas A4 je.
Ai googled youtube tgk cara buat,
semuanya macam payah dan leceh.
Last2 guna ikut suka hati je la.

Ukur kepala Aliah kena pakai 3 keping kertas.
Ai buat satu sample
yang lain Aliah ikut.
Ada yg senget benget.. tak kisah la nak,
janji dari air tangan dia haha



Dah siap gunting ai tolong tampal
dan sambungkan kertas tu
ikut lilitan kepalanya.



Tinggal baju je ai tak habis fikir.
Baju long sleeve putih takde plak
kat rumah ni.
Yang ada short sleeve..
tanya Aliah okay tak nak guna lengan pendek,
dia kata okay.
Takkan la nak beli baju semata nak buat ni kan.

Then ai fikir lebihan kotak yg
buat spatula dia tu,
buat butang.
Masa ni ai laju2 bg idea kat Aliah
camne nak buat butang.
Sebabnya Qaireen dah bising nak susu.

Tak sempat nak snap gambar
Aliah buat butang2 baju ni.
Masa ni Ariq pun tolong Aliah sama.

Qaireen dah susu
ai terus tengok Aliah.
Siap dah butang2 tu semua.
Terus ai susun dan tampal kat baju.
Pakai double sided tape je.

Ariq pun join ambil gambar.
Kredit kat dia tolong buatkan butang baju hehe



Suka Aliah akhirnya siap juga
chef costume tuk dia.



Ai suruh dia sarung baju tu
dgn baju kurung sbb nak lengan panjang.
Seluar putih takde la,
pakai je la track pants :)

Nasib baikla Aliah ni jenis tak cerewet.
Okay je dia.
Walaupun nampak simple tp Mummy bangga
sebabnya bole siapkan dalam masa yg singkat.
Bahan pun guna apa yg ada je.

Salam Jumaat kawan2.
Jangan lupa baca surah al-Kahfi.

2 comments:

Eliss Mie said...

wah hebat la mummy. kalau mak, matilanak.. tak yah gi sekolah je la..hahahahahahahaha

Nurhayati said...

ada juga cakap dgn Aliah
bgtau cikgu cancel la tak payah masuk.
Tp tgk muka dia sedih,
tak sampai hati.
gigih la juga buatkan.