Sunday, February 17, 2019

Name Tag Sekolah


Khamis lepas baru dapat
nametag Ariq dari cikgu kelasnya.
Dan dan la Ariq nak suruh Mummy jahit
malam tu jugak.
Tak kuasa nak layan sbb Jumaat tu
dia ada pj tak perlu
pakai uniform :p

Nak hantar kedai mcm tak berbaloi plak,
takat 4 helai je.

Semalam baru ai gigih nak menjahit.
Diriku tak pandai menjahit
apantah lg nak ada mesin jahit.
Macam biasa jahit tangan je la.



Herot berot pun lantakla.
Nasib bahagian dalam,
bukannya nampak hihihi



Sampai baju yang ke-3 ai dah surrender.
Sakit pinggang dan mengantuk.
Jahitnya pukul 11.30mlm start
dekat pukul 1.30pagi tak habis haha
Konon nak habiskan baju ke-4,
tp tak larat sgt dah.
Jahit pun sampai tercucuk jari sudah.

Ni tinggal lagi satu helai,
ntah bila nak jahit tu jgn ditanya :p

No comments: