Thursday, February 14, 2019

Random Stories


Sebenarnya ada cerita pergi Legoland lagi
masa bulan satu yg lepas.
Tapi malas nak buat sbb
malas nak tengok gambar yg byk tu haha
Tunggu mood rajin tu datang :p

Sebabkan malas,
ambil gambar sikit yg blom dimasukkan
lagi dalam blog secara random.

Masa ni baru balik
bawa anak2 makan kat luar
lepas Maghrib.
Habis makan terus pergi mengaji.



Lega ya amat
Ariq suka pergi mengaji.
Walaupun Iqra' tak habis lagi.
Semangat dia hehe

Tahun ni ai target Zahra dapat khatam al-Quran.
Agak slow progress dia.
Dah masuk Tahun 5 pun tak habis2 lagi huhu
Aliah pun ai harap dia
dapat khatam cepat.

Gambar bawah ni plak,
keluar dgn Zahra pergi Giant.



Singgah kedai buku,
topup stationary kat rumah tu
yg dah surut.
Semua kerana Ariq hahaha
Ada je hilang itu ini.

Buku berapa kali tertinggal pun tak tau.
Oh ada satu hari tu
tertinggal pencil box.
Mujur la kelas tu takde kongsi dengan tahun lain.
Kalau tak mmg ghaib terus.

Ni gambar masa pergi Ikano
time cuti sekolah.
Tahun ni semua maklum tahun khinzir.



Lepas enZaf golf,
terus ajak pergi Giant.
Beli barang dapur.
Sebelum dia nak outstation esoknya.



Akak Zahra ni plak jarang2 rajin
buat kerja rumah.
Tp kalau rajin dia tu tiba2 datang,
habis satu rumah dia kemas.



Lap2 habuk semua.
Jarang bukak tingkap pun selalu habuk huhu
Kalau semua dia dah kemas,
sampai tanya ada apa lagi dia bole buat.
Ha sampai gitu rajinnya hahaha
Pesan kat dia selalu,
kalau nak masuk asrama kena la
rajin dan pandai buat kerja rumah juga.
Tingal iron je ai tak suruh lagi.
Nanti boleh cuba.

Si kenit ni kakinya dah sampai bawah.
Tinggal tak reti lagi nak tolak depan belakang.
Keras je kat situ :p



Nak buat entry pasal dia ikut bulan pun
tak terbuat2 lagi.
Bila tetiba rasa semangat rajin tu dtg,
time plak takde.
Sampai dah terlupa dah kot apa nak cerita.
Pasal bersalinkan dia pun,
tak buat2 lagi huhuhu
Aduhai.. ni pun laju2 taip masa dia tgh tidur.
Kejap lagi terjaga la dia.
Tidur nak mengempeng je.

No comments: