Sunday, May 20, 2018

Satu Malam di Swiss Garden


Yezza kami ke Swiss Garden lagi.
Memang tempat feveret semua orang.
Lepas anak2 habis sukan,
terus enZaf ajak ke Kuantan.
Ape lagi laju la kita.

Muka anak2 dah terbakar mcm ape.
Nasib baik cahaya matahari buat
kegelapan tak berapa nampak sgt dlm gambar.



Gambar ai yg pelik,
terang sgt cahaya tu.



Terus wefie ngan Qaireen.
Dan menampakkan penuaan kulit di situ
hahaha
Tp yang lebih penting muka Qaireen yg happy.
Si dobot Mummy.



Masuk2 bilik terus laju ke pantai.
Bertambahla kegelapan masing2.
Tak kisah la kan,
janji dorang gembira.



Dah berenam,
sebelum ni dtg Qaireen dlm perut.
Beza trip ni sblm dan selepas Qaireen
4 bulan :)
Entry sebelum Qaireen ada [link]



Si dobot ngan Daddy.



Cuaca sangat cantik,
dorang pun berendam lama kat air laut.



Ada amik video sikit.



Qaireen with Mummy & Daddy.
Boringkan asik2 bergambar je.
Besar menguap hihihi



Dan terus menerus la tido.
Sedap dgn tiupan angin laut.



Hari ke-2 baru teringat nak amik
gambar depan resort.



Sblm tu keluar makan tghari,
dan amik barang lagi yg tertinggal dlm kereta.
Smlm punya la eksaited keluar
sampai terlupa ada lagi tak bwk keluar.

Kami makan tengahari kat Restoran Mabiq.
Dalam tengah menunggu enZaf amik lauk,
ada sorang kakak ni dtg tegur Qaireen,
suaminya depan meja kami,
dia cakap tgk kitaorg teringat macam
dia n wife masa anak2 kecik.
Anak2 pun sama 4 org, sorang je lelaki hehe

Dah sembang tu sempat kakak hulur duit.
Katanya rezeki baby.
MasyaAllah terharunya.
Moga murah rezeki kakak dan abang tu.

Oh yer lepas makan ke town beli charger,
lupa bawak phone charger huhuhu..

Sambung lagi ke pantai.



Kalini cuaca nak hujan plak.



Ape la anak2 ni lukis,
yg pasti comel :)



Video anak2 tulis kat pasir tu.



Masa ai tengah layan perasaan kat pantai.
Tengok stokin Qaireen takde sebelah.
Cari punya cari nampak la kat atas pasir.
Sblm amik tu,
sempat lagi ai amik gambar hehehe



Cam cantik je terletak kat situ.
Amik gambar wat kenangan :p

Thank you enZaf bawak kami jalan2 lagi.
Terharu sbbnya 2 kali berturut kami berjalan.
Sblm tu ke PD.
Tak habis2 throwbackkan haha

No comments: