Wednesday, May 16, 2018

Hadiah untuk Hari Guru


Tak pernah planned pun
nak beli apa tiap kali Hari Guru.
Kalau esok nak sambut
baru harini terhegeh2 nak cari barang.
Walaupun last minute ai suka
cari brg tuk anak2 mendeco.

Kebetulan semalam keluar ngan TeeB kat Curve,
alang2 tu terus la ajak dia
ke Ikea tgk brg ape nak bg
kat cikgu2 sekolah ni.

Cari punya cari,
beli la frame Ikea tu.
Masa beli tak pikir lg
nak buat ape ngan frame tu.

Sampai rumah,
baru tgk bahan ape yg bole guna pakai,
tuk anak2 ni buat.



Frame je beli.
Bahan2 lain semua dah ada.
Alhamdulillah..jimat dah kat situ :p

Masa tgh sibuk buat
lupa plak nak amik gambar Zahra Aliah.
Dah nak habis baru teringat.



Gigih anak dara ni..
time ni dah pukul 11 malam,
dah lari time tidonya.
Buat pun mata dah merah2..
suh tinggalkan biar Mummy sambung..
taknak dia nak habiskan semua.

Ni la hasil air tangan anak2.
Selain dr bunga.
Yang tu ai tolong buatkan.
Tp tulis, tampal, pasang ke ape semua
dorang buat sendiri.

Kiri Zahra, kanan Aliah.



Sebenarnya ai jarang beli hadiah
fancy2 tuk cikgu2 or sapa2 je la.
Lebih suka dorang buat mcmni.
Nak didik anak yg kita
bukan melihat dan menilai sesuatu
hadiah tu dari segi wang ringgit.
Tp menilai dan menghargai sesuatu
dgn hasil usaha yg dicurahkan.
Chewahhh :)

Tp masa tgh buat ni,
Qaireen ntah mengapa mengamuk.
Time tu la nak berdukung,
menyusu lg walaupun dah susu sampai
muntah susu huhu



Ai buat bunga sambil dia menyusu.
Punya la hai bertabah.
Kalau menunggu minum mmg tak siap nanti.

Tengah malam baru dia tido.
Laju2 kemas rumah dah macam ape sepahnya.
Nanti Zaf balik dr Johor,
takut pitam rumah yg tak mcm rupa rumah tu.

Oh yer, esok dah Ramadhan.
Selamat menjalani ibadah puasa
buat rakan2ku.
Semoga kita semua diberkati dibulan yg mulia ini.

No comments: