Monday, October 9, 2017

Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea ke-29


Lama dah Sukan Sea ni habis,
baru skarang la rajin nak update huhu
Itu pun paksa rela..
kalau tak buat skang
ntah bape byk lagi cerita tertunggak.
Nak cerita balik pun dah tak berapa ingat haha

Masa ni tengah tunggu bas.
Park & Ride gitu.
Tempat parking mmg jauh dari stadium.



Yang pasti budak ni la
paling eksaited skali dpt naik bas.



Mamat ni plak yang bertanggungjawab,
anak2 ponteng sekolah semata gi tengok sukan.
Dia taknak pegi weekend,
confirm ramai gila manusia.



Ai plak bila suami dah ajak,
okay je la.
Jangan derhaka :p

Bas drop dekat dgn Sek Sukan B.Jalil.
Acara yg paling dekat adalah memanah.
Terus kami tuju ke sana.



Sampai2 je, kebetulan baru start game.
Memanah campuran final lawan ngan Indonesia.
Sayang takde rezeki dapat gold.
Kalah tipis.



Habis dari memanah..
kami terus tuju ke arah stadium.
Jauh jugak okay berjalan.
Penat gilersss...dgn cuaca haritu,
alhamdulillah cuaca cerah dan panas.
Pagi2 lg dah melekit :)

Anak2 nampak gerai air milo,
terus berlari tuju sana.
Air milo free bagi dlm cawan kertas tu.
Tak tau kenapa kalau free ni
lagi sedap dari kita beli yg tin or kotakkan.
hahaha sbb free kot kan
rasa lagi sedap :p



Anak2 ni pantang nampak Rimau.
Konpem ajak bergambar.



Masa berjalan tu,
lalu tempat Squash...
ingatkan nak tgk,
tp perut kami kelaparan..
terus tuju tempat makan.
Kat situ ada byk food truck..
macam2 pilihan ada...

Lepas makan Zahra nampak Parrot.
Laju dia ke sana.
Ada ular tp awal2 lagi ai dah jauh.
Kena bayar RM5 kalau nak bergambar ngan parrot.



Thank you pada tuan Parrot amikkan gambar kami.
Zaf takde time ni dia sibuk cari
gerai jual baju.



Jalan2 lagi jumpa atlet memanah ni.
Tanya skarang tak ingat dah nama dia haha
Besar orangnya..
eh.. orangnya biasa je,
ai yg kerdil :p



Zaf ajak tgk badminton.



Masa ni Malaysia lawan Laos.
Bole la menang dgn mudah...
Lepas tu paham2 je la hihi



Lama jugak tengok badminton,
dekat pukul 5.
Dalam tu ada surau,
kecik je tp suraunya takde telekung.
Sapa yg tak bawak tu payah sikit la.
Kena meminjam kt orang.

Habis badminton,
kami jalan2 lepak kat luar lagi.
Oh yer luar stadium ada byk aktiviti tuk anak2.
Ada memanah, fishing, puzzle, climbing.
Kalau join semua game tu dpt la lencana pin.
Tak amik gambar pun masa ni.
Tak larat nak keluarkan phone,
sibuk layan anak2.



Pergi Rumah Malaysia,
best duduk dalam ni..
ada aircond.
Pastu ada skrin besar.
Bole tengok game dari situ.



Nak bergambar lagi ngan Rimau.



Malam kami masuk dlm stadium.
Nak tengok acara padang dan balapan plak.
Surau dalam stadium sgt besar dan selesa.
Telekung pun banyak.



Masa ni tengok lontar peluru, lontar lembing,
dan ada lagi lari2..
yang best dapat tengok 100m lelaki kita
yg menang dapat gold tu.

Sampai pukul 10 mlm,
itu pun tak tengok sampai habis.
Time ni dah penat sesangat,
dari pagi sampai malam..
nak balik tu,
jauhnya la nak pergi tempat tunggu bas.
Penat gila menapak.
Dah sampai ramai orang beratur.
Tunggu lagi.
Restless habis.
Masuk dlm kereta tak cerita banyak.
Anak2 terus tido.

No comments: