Monday, January 16, 2017

Hari Terakhir 2016


Hari terakhir 2016 31hb Disember
kami pegi ke Ipoh tanpa dirancang.
Tetiba pagi tu Zaf cakap
jom la gi jejalan kat Ipoh.
Kita ape lagi okay je la.
Tapi idak le bertolak pagi tu jugak.
Lepas Zuhur baru keluar.

Sepanjang highway tu cuaca redup je,
kejap kejap hujan
tapi hujan rintik2 yg manja gitu.

Nak sampai Ipoh berkabus je kat gunung bukit semua.
Memang cuaca sejuk dan nyaman.



Dalam pukul 4 lebih kot sampai Ipoh,
Zaf terus bawak gi Restoran Nasi Vanggey.
Katanya yg ni cawangan.
Asal dia kat town tp situ sblm kul 4 dah habis.



Tak kisah la mana,
janji dapat jua la merasa yg org
dok kata nasi vanggey vanggey ni.
Padaku okay la sedap.



Kemain sengeh.



Zara Aliah tak makan,
dorang dah kenyang makan dalam kereta.
Macam2 Daddy dia beli tuk dorang ngunyah.

Aliah amikkan gambar ni.
Tq Adik!!



Habis makan kami terus ke rumah adikku Hana.
bersih2kan diri dan solat.
Lepas Maghrib Zaf ajak keluar.

Nak bergambar ngan Akid
tp tak dilayan huhuhuh.



Husband Hana takde sbb kena bertugas.
Malam New Year harusla polis sibuk.
Kami pegi Ipoh Parade.



Sempat kami berkaraoke.
First time anak2 ni nyanyi ngan Aira.



Kat karaoke ni giler sejuk okay biliknya.
Menggigil betul.
Ekonnya centralised..pastu takleh adjust.
Dorang bagi blanket pun tak cukup panas.
Bila makanan sampai ape lagi,
serbu la makan bagi badan tu panas sket.



Habis nyanyi kami terus keluar dari mall.



Masa tu dah kul 11 malam.
Depan Ipoh Parade ada dataran Majlis,
mmg situ jua la tempat sambut tahun baru.
Keluar2 dari situ harusla jem merata.

Jam nak dekat kul 12pagi pun kami masih sangkut kat jalan.
Nak dijadikan rezeki,
mmg tempat jem tu la,
ngam kami berdekatan ngan bunga api.
Rezeki anak2 tengok.



Aliah dah tido,
Daddy dia kejutkan..
dia bangun dengan mamai2.
Pastu sambung tido hahaha.
Nasib baik la Mummy ada amik video.
Esoknya dia tengok balik video tu.

Habis bunga api,
hantar adik ai balik umah.
Kami tak tido Ipoh,
balik hari je.

Sblm masuk highway
sempat tu kami makan dulu.
Time ni pukul 2pagi okay.
Makan nasi ngan tomyam ikan bagai.
hahaha



Anak2 semua tak makan,
dorang dah keletihan.
Hanya ai n zaf je gigih makan.
So azam nak kurus tuk 2017 tu abaikan je la.
Carry forward tuk next year :p


2 comments:

annapeje said...

amboi blk ari jerk kuat betoi korang neh ahaha ..yg x tahan tue makan pukui 2 pagi ..nasib la bebudk tue dah biasa x ngamuk2 kalo aku alamatnyer mkn dlm keter jerk beli beger hahaha aku pon sama azam kurus bawak tahun 2018 wakakkaa

4 Kay-E said...

Happy new year yati. K ita baru sempat nak jenguk blog kawan2 :)