Thursday, January 26, 2017

Mengecat Dinding


Cat dah dibeli,
ape lagi.
Tugas enZaf la mengecat dinding.

Sebenarnya bukan nak cat satu rumah.
Cat dinding kat belakang tv je.
Nak mengecat pun sbb
ada tampalan simen kat sebelah ekon tu.



Bulan lepas,
paip ekon ni bocor.
Habis menitik air sampai
masuk dalam master bedroom.

Nak taknak kena la pecahkan dinding,
ganti paip baru.
Zaf kata sakit mata tgk dinding buruk.



Dah alang2 nak cat balik tu,
ai pun request la mintak warna baru.
Tak best plak cat warna sama.
10 tahun dah kot ngadap warna tu ahahaha
Zaf pun kata okay.
Tu yg dia beli cat kononnya ai pilih warna,
tp sebenarnya dia yg pilih pfftt

Sblm nak cat warna pilihannya itu,
cat warna putih dulu.



Tunggu cat putih kering.
Pastu baru cat lagi.
Warna yg dibeli tu purple wine.



Kena blur badan enZaf yg
tak berbaju tu :)
Dah cat 1 layer,
tunggu kering tuk cat lagi 1 layer.
Kira 2 layer baru warna tu cantik dan naik.

Masa dia cat tuk layer ke-2
ai ngan anak2 dah tido.
Bangun Subuh je tengok2 dah siap.
Tanya dia pukul berapa siap.
Katanya 5 pagi woww

Pagi tu lepas breakfast,
ai kemas dan bersih2kan
lantai semua.
Dah tu susun balik perabot dan TV.

Nasib baikla barang sikit je,
tp itu pun berpeluh gak la mengemas.

Tadaaaaaaaa warna baru
feature wall kami.
Eh muka Alif Satar plak kat situ :)



Yang penting enZaf
tak sakit mata lagi
kat sebelah ekon tu.



Harini Aliah Zara dah start cuti.
1hb Februari nanti baru sekolah balik.
Sekolah Ariq hanya cuti hari Isnin.
Ramai la org plan bercuti.
Kami cuti ni cousin bertunang.
Yeyyy suka suka.

1 comment:

annapeje said...

amboi dah ensem tahun neh kene la ahkak pegi beraya umh ko ahahaha