Thursday, December 1, 2016

Report Card Day - Last Day of School


Alhamdulillah harini masuk bulan 12.
Sebulan cuti ni rasa kejap je nanti.
Skang masa tu cepatkan.
Tup tup tup sekolah dah budak2 ni.

Last week Jumaat,
sekolah Aliah ada wat RCD.
Tapi sayang Aliah tak dpt datang.
Dia demam.

Dari hari Khamis yg ada potluck dah demam.
Balik2 dari sekolah tgk muka dia pucat.
Check badan masa tu tak rasa lagi panas.
Tp nampak lain sbb lunch dia tak nak makan.
Selalunya lepas balik sekolah,
laju je nak makan nasi.
Ni makan sikit pastu taknak.
Waktu Zuhur check dia balik
ha sah demam..badan panas.
Aliah pun baring je tak mcm biasa
aktif ke sana sini.
Tau tau tido dah.

Anak kalau tak sihat..demam semua ni.
Kita pun susah hati la kan.
Tido jgn cakap la.
Sikit2 bangun check temperature dia.
Lap2 badan kurangkan panas tu sentiasa.

Jadi masa RCD tu,
tinggalkan dia ngan Daddy kejap.
Gi sekolah Aliah,
Zara sibuk nak ikut.
Sambil tu dia leh jumpa balik teacher2 dia.



Kat luar kelas ada tampal,
progress report anak2.
Amik la gambar sikit tuk kenangan.

Yang ni progress report untuk Bijak Bahasa.
Membaca dalam Bahasa Malaysia.
Alhamdulillah Aliah nampak bagus kat situ.
Ai mmg perasan dia lebih lancar baca BM ni.



Yang ni plak progress report untuk English.
Kurang sket dari BM
tp not bad nak dibandingkan dgn kawan lain haha



Tapi tahun ni mmg nampak BM dorang lebih
dr English kalau nak bandingkan
zaman akak dia Zahra.
Dorang fokus sket BM sbb
nanti sekolah kebangsaankan pakai BM banyak.
Soalan2 exam pun semua BM.
Kalau tak dedahkan sangat BM tu
nanti jd cam Zahra.
Dia susah nak jawab exam.

Tapi macamana pun tu progress report membaca je.
Kat sekolah Aliah, English tetap
jadi medium tuk teacher & student communicate.
Dgr budak2 ni speaking pun berabuk.

Teacher cakap Aliah suka arithmetic.
Wah ikut sape la suka nombor ni.
Ikut ai kot masa sekolah kelas akaun.
Tp masuk U takde pun amik akaun hahaha

Bab surah je dia perlu tingkatkan lagi.
Yang part ni mmg ai perati jugak.
Bila suh baca nak hafaz surah.
Dia mesti mengeluh.
Dalam mengeluh tu dia tetap baca gak la.
Mana taknya Mummy dia dah buat muka rimau situ.
Ayat yang dia tak leh baca,
dan kena ulang2 banyak kali.
Dia akan cakap la..
"why is it so hard Mummy" hahahaha
Ai plak jenis tak kesian punya orang.
Buat tak tau je.
Nak taknak dia kena ulang la.
Ai cakap Aliah kena baca byk kali
nanti senang la dan ingat.
Satu hari satu ayat sampai la dia dapat.

Yang penting Aliah dah bole menulis,
mengeja dan membaca sudah.
Semoga dia masuk sekolah kebangsaan,
dapat la dia menyesuaikan diri nanti.

Sementara menunggu turn tu,
amik la gambar akak seketul.



Mummy nak jugak.
Bawak skali hadiah2 tuk teacher2 Aliah.



Tembam dah diri ini.
Sebulan ni bole la nak exercise balik.
Plan dalam otak tu mmg selalu,
buatnya ntah iya ke idak haha
enZaf pun dah bg hint,
lama tak jogging :(

Sayang Aliah tak dapat bergambar ngan
teacher dan kawan2nya.
Nasib jugak la masa konvo dia
ada amik gambar ngan kawan2.

No comments: