Friday, December 16, 2016

Ke Johor


Ikut Zaf ke Johor,
dia ada golf tournament.
Kalini cuti sekolah kami takde
plan nak gi cuti sangat.
Kalau Zaf takde main golf kat Johor tu,
mmg kami tak ke mana.
Zaf tu bukan suka sgt berjalan time cuti gini.
Tau la cuti sekolah ni kan mana2 penuh.
Jalan jem tu jgn cerita la.
Ai tak kisah sbb bukan drive hahaha

Kalini nak tak dia kena jugak la pegi.
Pasal golf mmg gigih :p
Ai pun gigih gak la nak ikut.
Sblm masuk highway
kami breakfast nasi lemak dulu
dekat ngan area rumah.



Gerai tepi jalan kat Seksyen 6.
Anak2 ni pun gigih bangun awal
kalau cakap nak jalan hahaha



Pergi hari Khamis,
blom lagi cuti panjang nak Maulidur Rasul
dah byk kereta jugak atas highway.
Mmg sampai new year la merata orang berjalankan.

Dekat2 nak sampai Johor,
Zaf ajak masuk JPO...



Katanya nak beli bola golf.
Skali kedai golf dalam tu
dah tutup hehehe

Terus masuk food court,
lunch dulu.
Kelaparan sudah.
Makan Subway.



Kat JPO ni beli barang anak2 je.
Ada gak masuk kedai lain
nak tgk handbag,
tp takde yg berkenan.
Bersabar je la tuk tahun depan.
EnZaf nak pegi lagi London.
Ada urusan kerja.
Ha kita pesan kat sana je la.

Sblm balik harusla amik gambar anak2.



Gambar kami berdua pun ada,
tp hampeh gelap.
Zara bukan nak cakap tak nampak sgt
sabar je la haha.



Dah masuk JB, sblm check-in
singgah Restoran Sri Perada.
Kat Kampung Bahru.
Skang ni senang waze aje kalau tak tau.



Nak beli cakoi yg pernah diviralkan dlm fb.
EnZaf je yg keluar pegi beli.
Dia beli peanut butter, coklat kacang,
cheese dan oreo.



Semua sedap..
Tak pernah lg makan cakoi gini.
Dah macam donut plakkan,
macam2.
Ai suka makan cakoi cicah kuah durian.
Perghhh terangkat :)

Lepas tu terus gi hotel.
Kami tido kat Grand Blue Wave.
Kawan Zaf yg uruskan semuanya.
TQ En. Azli!

Lepas Maghrib Zaf & Azli jumpa customer meeting jap.
Sempat la suh anak2 ni posing
dalam bilik.
Kemain kan gaya supermodel sorang tu haha



Lama gak la menunggu,
sampai budak2 ni cakap "mana Daddy" byk kali.
Ai plak dah lapar hihi
Pukul 10 baru nak gi makan bole.

Zaf bawak makan seafood kat Permas Jaya.



Selera Senibong Seafood.



Zara nak bergambar ngan crab.



Sempat amik gambar sotong goreng tepung je.



Lauk lain tak mampu nak amik gambar satu2 dah.
Terus terkam lapar hahahaha



Azli pun join kami dinner sama.



Datang bukan weekend orang tak ramai sgt,
senang dapat menikmati suasana.
Ada byk lagi restoran seafood area situ,
tak tau la sedap ke tak.
Tp yg Zaf bawak ni mmg sedap.
Cuti sekolah ni semua kedai tutup pukul 2pagi.


1 comment:

annapeje said...

amboi nak kirim gaks la bulan bp pegi tue ahahha ...neh pepagi plak gambo makanan hohoho wpon perot dah kenyang baru lps bekpes :P