Monday, December 19, 2016

Kilang Bateri kat JB


Hari ke-2 di JB tak byk aktiviti buat.
Siang enZaf main golf.
Ai n anak2 habiskan masa kat dlm hotel je.

Malam baru dinner kat luar.
Kami ke Kilang Bateri.
First time ke sini.



Byk kedai makan kat luar.
Macam2 ada... pilih je.



Belakang Zara yg mamat pakai
baju hitam adidas tu pelakon
cerita Surihati MrPilot.
Yang suka kat Warda tu,
ape nama pelakon lelaki tu tak ingat.
Tp idak la bergambar ngan dia.
Kalau Fattah tu nak jugak hahaha



Happening tempat ni
bagus tempat kilang terbiar,
dijadikan tempat orang nak meniaga.

Kami try makan kat pantry by Pots.
Search je kat facebook or IG.



Onion rings request by Zara,
sedap rangup.



Piza ni kami buat 2 side,
ape nama tak ingat hahaha..
Zaf yg pilih.
Dan dia kelaparan dah tu :p



Pantang suh bergambar,
laju je.



Sebelah kedai Pantry ni ada
Krabi Pancake.



Aliah ingat pancake cam biasa dia makan,
tp Krabinya pancake lain.
Dia punya lebih mcm crepekan.
Aliah cakap roti canai hahaha

Roti canai pun makan habis dia sorang tu.
Comot comot makan hehe
Memang sedap.
Bole search jugak kt FB & IG.
Krabi Pancake Seaside.



Lepas makan baru kami masuk dlm.
Dalam kilang tu byk orang jual macam2.
Kira macam masuk uptown kota pun ada.
Cuma yg ni indoor la.



Ada food court dalam ni,
kalau taknak makan kat kedai luar tu,
masuk je dlm..
ada byk lagi pilihan makan minum.

Keluar dari Kilang Bateri
kami ke Banafe Village plak.
Aliah tak puas hati sbb tak dpt
pancake cam biasa dia makan hahaha



Daddy dia sampai order 2 okay.



Best partnya
Aliah tido hahahahaa
Time tu pun dah pukul 12 pagi.
Sblm nak ke Banafe ni pun,
dah tanya dia byk kali
dan ajak dia makan hari lain.
Tapi taknak,
mati2 dia nak jugak makan skang.
Alih2 menunggu pancake dia sampai
dia dah tido hehehehehe

Aliah.... Aliah...
dah gigih mummy daddy ko
habiskan pancake.
Sabar je la nak oi.

Banafe Village ni pun ada macam2 makanan,
kebanyakkan semua sedap.
Sbb sblm ni pegi Johor,
selalu gak dtg makan kat Banafe ni.
Dan kedai ni 24hours.

No comments: