Monday, June 6, 2016

Anniversary kat Red Box


Khamis lepas adalah
hari ulangtahun perkahwinan kami.
Alhamdulillah, genap 10 tahun dah.
Macam tak caya pun ada.
Pelbagai pahit manis kami tempuhi,
naik jatuh terduduk bagai
alhamdulillah ikatan kami masih teguh.
Moga berterusan hingga ke Jannah.

Tiap kali anniversary,
ai pun takde beli apa2 present.
Dia pun sama takde beli apa pun.
Cara celebrate kami keluar makan2.
Itu pun dah memadai.
Janji happy kan.

Hari Khamis tu Zaf ajak gi karaoke.
Gi Redbox.
Dinner kat sana terus.



Aliah awal2 lagi dah nampak icecream.



Nak menyanyi ke nak melantak.
Penuh atas meja.



Tapi ai mmg tengah lapar pun.
Byk giler makan.
Yang pasti ai isi perut dulu.
Biarla anak2 and daddy yg menyanyi.



Ai melayan seafood.
Lepas tu makan bread pudding
amik banyak giler :)



Ni Aliah nyanyi.



Ariq mula2 je malu,
lepas tu taknak lepas mic.
Bila amik dia marah haha

Paling byk nyanyi malam tu
Zara okay.
Paling dia suka nyanyi lagu
Shakira - Try Everything.
dan lagi satu lagu2 Charlie Puth.
Perghh semua omputih.
hafal plak tu.
Ai baru tau oooo mamat yg nyanyi ni
nama ni, itu rupanya dia hahaha
Ketinggalan zaman sungguh ai.
Sila la google Charlie Puth punya lagu,
byk best2 rupanya.

Tak byk sgt gambar amik.
Lebih pada video.
Nak nak part Ariq nyanyi.
Tapi tak transfer lagi video.
Later kalau rajin,
update dlm entry ni balik.

EnZaf nyanyi lagu Ir Radzi
Sempurna Waktu tuk ai.
Ewah jarang2 laki romantik.



Lama gak kami karaoke.
Kul 1 pagi baru balik.
Aliah awal2 lagi dah tumbang.
Dia mmg jenis tido awal.
Ariq Zara jgn tanya la.
Kalau tak suh tido
mmg tak tido2 dorang dua tu.



Happy 10th Anniversary EnZafaris.
Moga u tak bosan2
hidup bersama ngan ai hihihi

1 comment:

annapeje said...

best nyer sambut reramai lagi best kang sambut berdua rasa kosong ahahaha lama ok x pg redbox last zaman bujang karaoke bebuka poser ahaha