Tuesday, February 23, 2016

Riadah di Taman Botani Shah Alam


Kali ke dua kami ke sini,
sblom ni pegi masa sukan sekolah Aliah [link].
This time pegi masa cuti sekolah seminggu
Tahun Baru Cina.

Takde la awal sgt sampai,
dalam pukul 9 pagi lebih.
Org pun takde ramai mana,
beli2 tiket terus masuk.



Masuk2 terus tuju kat tempat basikal,
kononnya nak naik basikal,
tp sayang plak takde basikal budak kat situ.
Kalau kitaorg dua naik basikal,
bole bonceng sorang satu,
mana plak nak campak lagi sorangkan.

Jadinya kita berjalan sajala.
Sebelum misi membakar lemak,
amik la gambar dorang hihi



Aliah cakap that tree is long mummy!
hahah long?! pun bole la nak.
high la sayangku. :p



Apa ntah enZaf setting camera tak habis.
Lama menunggu huhu
Tapi gambar dari camera dia ai tak
letak pun sini.
Malas nak belek byk sgt :p
Letak gambar dr phone ai je sudah.



Lalu Taman Malaysia,
Taman Padi tp takde amik gambar.
Jalan lagi sampai Taman Haiwan.
Harusla bergambar satu dua di situ.



Ada parrot.
Zara tanya parrot tu bole cakap ke tak?
Mana la ai taukan,
Ai say hello/ hi bg salam kat dia
tak nyahut pun.
Tak leh cakap la kot kan :)



Tak byk binatang kami tgk kat sini,
sbb dorang ni tak sabar nak gi snow katanya.



Kitaorg tak jalan kat lalu jalan tar,
masuk dlm ikut jalan dalam ada hutan2 sket,
ala2 jungle tracking gitu.
Ada jambatan gantung.



Aliah yg paling takut skali,
dia gayat.
Yang lain okay.
Masa kat hujung2 saja ai nyakat
lompat2 atas jambatan tu,
menjerit Zara hahaha
cakap Mummy, my leg is shaking!! haha



Lepas dari jambatan gantung tu,
ada taman orkid,
tp sayangnya la hai daun je,
kebanyakkan takde bunga.
Kalau ada pun dah nak layu huhuhu



Jalan jalan lagi,
jumpa tasik besar.
Tapi Ariq mintak amik gambar
kat air pancut comel ni ;)



Aliah plak jumpa bunga sama ngan warna bajunya.
Feveret colour purple.



Zara je ai lupa nak amik gambar sorang huhuhu
Jauh kami berjalan.
Rehat kaki jap sebelum masuk rumah iklim.
Situ la tempat yg dorang nak sgt2 masuk.



Kalini musim sejuk.
Ariq sibuk cakap nak tgk snowman snowman haha



Kat dlm rumah iklim ni bukan leh main salji pun.
Cuma layan sejuk je.



Itu pun dorang tak tahan.
Mana taknya bukan pakai jacket ape.
Baru masuk 10min dah gigil.
Dorang teruja bila cakap keluar asap hehe

Muka sorang2 menahan sejuk.



Keluar dari rumah iklim kemain senyum lebar haha
Bulan 3 ni rumah iklim tukar pada musim bunga.
Wah mesti cantikkan mcm2 bunya ada nanti.



Ada miniature rumah kampung depan sket
dari rumah iklim.
Zara Aliah kemain berlari ke sana.
Ingat umah doll ke buat main.



Yang ni satu umah besar sket,
dorang siap masuk kat dlm.



Bergambar kenangan.



Masa ni kami tunggu bas.
Tak larat dah nak balik jalan kaki.



Dalam 4.9km kami berjalan,
lagi sikit je 5km.
Macam tak caya jauhnya.

Alhamdulillah cuaca sgt baik.
Panas tu jgn katala,
confirmla berpeluh bagai.
Kami keluar pun ngam ngam dah kul 12lebih.
Masa keluar tgk org ramai baru nak dtg.
Beratur panjang sblom nak masuk.

Ikutkan byk lagi kami tak pegi.
Yang ni kami pegi mana ada laluan bas je.
Laluan basikal ada byk lagi.



Next time datang tunggu besar sket,
pastu bole bawak basikal dorang.
Kita cycling plak.
Tak silap kat Frim tu ada sewa basikal budak2.
Bole jugak try ke sana plak.

No comments: