Wednesday, July 23, 2014

Tindik Telinga Aliah


Yey! hajat Mummy nak tindikkan telinga anak tercapai. Tapi dapat seorang saja yang buat iaitu Aliah. Zahra awal-awal lagi dah cakap tak nak. Patut buat masa dia kecil lagi kan. Dah besar ini dia tak nak susah lah nak paksa huhu... Jenuh ai pujuk pun tak jalan juga. Tapi tak apa, tahun depan Mummy cuba lagi. Mana lah tahu dia nakkan. Masa ini kami pergi ke SACC Mall. Ai nampak kedai emas dan terus masuk dalam kedai. Aliah dah tahu nak tindik telinga dan dia pun memang eksaited nak sangat. Sampai pilih subang yang dia suka. Gambar di bawah tengah buat tanda di telinga tempat yang nak ditindik.



Selepas tanda, staf tu spray untuk kebaskan telinganya. Aliah cakap "it's cool Mummy!" :) Ye lah nak, tunggu kena tindik nanti cool ke tak tu hahaha...



Bila dia nampak alat nak tindik yang menyerupai pistol tu muka Aliah dah nampak saspen. Tak pasal-pasal Mummy dia pun saspen juga huhuhu... Buat serentak bagi tiada masalah untuk tindik sebelah lagi. Nanti tak pasal-pasal dah tak nak tindik lagi sebelah bila tahu sakitkan.



Lepas tindik tu Aliah terus menangis. Alala.. anakku kesian dia. Terkejut dan terasa sakit sikitkan. Menangis lama juga dia, jenuh Mummy pujuk. Bila ai cakap "Aliah, you look beautiful. Like a princess!" Terus dia berhenti menangis hehehe.. Pantang puji cantik ya tak :) Itulah rupa muka baru lepas menangis.



Selepas tindik itu, tak ada pula telinganya naik merah. Alhamdulillah nampak semuanya okay, tiada bengkak dan darah ke apa. Dari Shah Alam kami terus ke rumah Mak Tok. Sampai-sampai ai ambil minyak gamat dan sapu dikeliling subangnya depan dan belakang. Muka Aliah pun dah happy. Tanya dia sakit ke tidak tindik tadi, dia jawab tak ada. Eh! yang menangis tu apa hahaha.. Lupa terus sakit tu ya :)



Ai pun dah cuba pusing-pusingkan earing tu di telinga dia setiap hari. Tengok ada sangkut ke apa, Alhamdulillah semua okay. Aliah cakap "you tickle me, Mummy" adalah hihi.. Kalau masa pusing tu terasa sangkut, kemungkinan lubang tindik tu bernanah. Jangan biarkan kawasan tindik tu basah atau lembab. Pastikan ianya kering dengan tuala atau kapas setiap kali lepas mandi. Staf kedai emas itu beritahu biarkan subang di telinga dalam sebulan. Lepas itu barulah tukar dengan subang yang lain jika nak. Caj tindik telinga kat Aliah ini RM20 sepasang.

1 comment:

annapeje said...

olololo somel nyer anak dara neh ceom sikit ahahha huii mmg saspen aku baca wakakka nasib baik mak punya turn lambat lg