Friday, September 26, 2025

Cerita Ube Bae

Bukan main nak cerita pasal Ube Bae hehehe.. ceritanya melibatkan enam hari tetapi tidak lah melibatkan hari yang berturut-turut hahaha...ðŸĪĢ Pertama kali nak mencuba minum air Zus Ube Bae. Hari pertama beli masa itu kami di Paradigm Mall. enZaf ajak minum petang sebelum kami balik rumah.



Ai order Iced Ube Chocolate. Tak berapa suka sebab ada rasa pahitnya kuat sangat untuk ai. Tak faham kenapa coklat pahit. Tak habis pun minum tapi satu suka sebab dapat stiker hihi... Bab stiker ni, Aliah memang laju kalau ada menampal sana sini. Serahkan saja pada dia.





Dua hari lepas itu, ai order lagi air Ube Bae ini tapi Iced Ube Bae semata tiada coklat atau latte. Kali ini delivery kat rumah saja sebab enZaf main bola. Dia tiada di rumah laju kita order ðŸĪŦðŸĪ­. Bukanlah beli air semata, beli juga Nasi Lemak dan Bihun Goreng. Alang-alang kat rumah, ai ambil gambar bersama Zus Buddy, Ube Bae. Comel sangat 💜.



Qaireen tengah seronok baca buku. Buku tu dia minta nak beli masa ada buat jualan di sekolah. Nama buku Cik Hantu Makan sebab dia suka makan katanya hehehe..



Dan hari ke tiga pula, masa itu ikut enZaf jumpa orang di The Curve. Sementara menunggu dia settlekan kerja, makan di Happy Potato 🍟. Ai dan Aliah pertama kali mencuba. Tak ingat dah pilih flavour apa. Untukku biasa-biasa saja dan harga tak berapa rahmah sangat. At least merasa sekali lah kan, nak beli lagi tu tak tahu la bila.



Sebelum balik, enZaf tapau air Zus. Beli lagi Iced Ube Bae dan kali ini beli dengan aksesori iaitu pin badge dan straw cap. Tak ada keje betulkan hahaha.. beli sebab comel. Padahal bukannya pakai pun. Thank you enZaf suka melayan wife dia benda merepek ni ðŸĨ°ðŸĪŠ.





Masa ni waktu malam ambil Aliah habis dari tuisyen. Sempat singgah Family Mart beli jajan masing-masing. Saja ambil gambar Ariq dan Aliah. Tunggu setahun dua ambil gambar sekali lagi, nak tengok perbezaan hehehe..



Monday, September 22, 2025

Pankek di Souffle

Makan petang di Souffle. Lama tak makan Souffle Pancake ini. Kali terakhir kami makan tahun 2023 [link], fuhh.. lama dah rupanya. Kedainya pun dah tak ada hihihi... Kafe Souffle ni di Damansara Uptown. Nak pergi kawasan ini pun satu hal juga. Susah betul nak dapat parking. Memanjang penuh dan sibuk.





Rezeki kami dapat parking dekat dengan kedai. Memandangkan pertama kali kami makan di sini, banyak juga lah enZaf order. Aliah pilih Matcha Red Bean Pancake..



Aliah dan Ariq pilih Tiramisu Pancake.



enZaf order lagi satu Signature Soufle Pancake. Semua pancake tu makan share ramai-ramai. Itu pun jenuh nak habiskan ðŸĨž. Semuanya sedap. Boleh datang repeat lagi. Nak bawa akak Zahra pula.





Monday, August 18, 2025

Join Selangor Touch Fiesta

Berpagi-pagian di padang Havea Arena RRI untuk menyokong team Aliah dalam Selangor Fiesta Touch 2025 🏉.



First game dah selesai, sementara menunggu game yang seterusnya, lepak sekejap di gerai makan untuk isi perut. Kelaparan dah menunggu dorang ni. Selang setiap game adalah dalam satu jam lebih huhuhu... Begitulah kalau ikut anak-anak ini setiap kali tournament. Menunggu tu yang meletihkan, main tu sekejap je hahaha 😅



Masa minum ni sekali dengan Pang tapi tak ada ambil gambar. Borak-borak dengan dia, berkongsi perihal anak-anak. Lepas tu kami ke gerai jualan baju. Ai beli jersey untuk anak-anak sebagai kenangan. Mujur ada saiz lagi, laku keras jualan mereka walaupun belum habis satu hari dah susut banyak stoknya.





Kepanasan ya amat ☀️, semua berteduh bawah khemah. Yang best, photographer pun bawa khemah juga. Rezeki kami lah parents dapat tumpang berteduh sama. Alang-alang tu, ajak Pang bergambar. Tournament ni dua hari tapi Pang tak ada esok, anaknya ada sukan sekolah pula. Clash pula dengan aktiviti sekolah, tak dapat nak join hari ke dua di ragbi ni sebab anaknya ada masuk acara larian. Maka dengan itu, automatik tak ada geng borak ai hahaha..



Sebelum balik sempatlah ajak semua bergambar atas stage. Belum tahu lagi menang ke tak tapi kita ambil aura hahaha.. Nanti waktu hari penutup mesti ramai orang dan takut tak berkesempatan nak bergambar di situ. Nak gambar yang elok kena tunggu photographer bagi link.



Singgah makan di Ketiga. Isi perut dulu sebelum balik rumah.



Tapi tak habis di situ, makan lagi malamnya dan kali ini order saja di Zus hahahah... enZaf tak ada dia pergi main bola pula.



Gambar-gambar di bawah adalah hari ke dua tournament. Tak banyak gambar pun diambil.





Rezeki dapat masuk Final. Adalah siarang langsung dari Youtube. Screenshot satu buat kenangan hehehe..





Tahniah Aliah dan teammate. Dapat tempat ke-Dua dalam kategori Cup 🎉🏆ðŸĨˆ. Wajiblah ambil gambar dengan dia kan. Gambar ai dan Aliah dari phone enZaf. Waktu tu dah gelap, mujur kamera phonenya nampak terang 😍.





Thursday, August 14, 2025

Random Thursday

Bila enZaf ajak ikut dia keluar lepas hantar Qaireen sekolah, apa lagi.. lajulah mengikut. Dia ada urusan bank di The Curve. Lagilah kita sukakan sebab dalam shopping mall. Hujan lebat sangat masa kami sampai mall.





Kami makan di Secret Recipe (SR). enZaf sambung lagi buat kerja. Serius betul muka orang tu hahaha..



Bukan berdua, Aliah pun ada sama. Lepas kami makan, ai dan Aliah berjalan-jalan sementara enZaf masih lagi buat kerjanya di SR.



Dah penat pusing-pusing mall, ada kek atas meja 🍰. Sweet moment sangatkan ðŸĪĢ.



Tudung Naelofar dah sampai. Ai beli masa 8.8 sales 🛍. RM88 untuk dua tudung. Dah lama rasanya tak membeli untuk diri sendiri. Selalu beli barang anak-anak saja ðŸĪ­.



Buat serawa durian untuk semua. enZaf kalau dia beli durian kampung, tahulah ai nak kena buat apa hihihi... Dia memang suka serawa, cuma ai tak buat pulut. Cicah dengan roti.



Qaireen sorang saja kurang sikit makan serawa. Jadi Daddy dia ada beli sushi untuknya. Dia dah pandai makan sushi sampai dah pandai juga minta kat Daddynya lepas balik sekolah hahaha...



Monday, August 11, 2025

Persembahan Angklung

Pertama kali Aliah join aktiviti yang melibatkan kesenian dan kebudayaan di luar sekolah. Dua bulan lepas dia beritahu ai yang dia sertai kumpulan angklung sekolahnya. Agak terkejut juga sebab tak sangka pula dia minat bermain alat muzik tradisional ini. Sebelum ini yang ai tahu dia main ukelele. Itu pun persembahan di dalam sekolah sahaja. Setelah dua bulan membuat latihan, kumpulan angklung sekolahnya mendapat jemputan persembahan di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun buat pertama kali. Gambar dan video di bawah semua dari Aliah melalui Whatsapp Group.









Ingatkan nak pergi tengok secara live tetapi majlis ini dibuat secara tertutup 😔. Mujurlah ada sedikit gambar dan video. Dapatlah simpan sebagai kenangan. Paling tak sangka, lagu yang mereka mainkan adalah lagu kegemaran ai. Dua lagu dipersembahkan satunya adalah dari Coldplay, Yellow dan Dewa 19, Hadapi dengan Senyuman. Dan akan ada beberapa siri lagi mereka akan melakukan persembahan di tempat lain pula pada bulan-bulan akan datang. Aktiviti sekolah ini selesai dalam pukul 1 lebih. Petang pula Aliah ada latihan ragbi latihan tambahan untuk tournament lagi seminggu. Petang itu cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebat diiringi dengan guruh dan kilat. Coach batal latihan last minutes dan kami terus lajak ke Amcorp Mall sebab bersebelahan dengan padang haha..



Tak jadi training maka kita pergi makanlah ðŸĪĢ. Minggu lepas enZaf dah makan kat sini sementara menunggu Aliah habis training, masa tu ai tak ada sebab pergi melawat akak Zahra [link]. Kali ini dia bawa ai makan sini pula.





Gambar di bawah ini pula keesokan harinya. Rutin latihan ragbi setiap hari Ahad di Padang UM. Masa menunggu di tempat parking kereta tiba-tiba ramai orang di hadapan kami. Rupa-rupanya ada rekod pergambaran dari krew produksi ðŸŽĨ🎎. Tak sangka pula nampak Aiman Tino dan isterinya berlakon. Ada juga nampak beberapa artis lain tapi ai tak tahu nama, artis muda yang pasti. Isteri Aiman Tino tu adalah kawan adik ai, lajulah ai tanya dia. Memang betul pasangan itu ada berlakon dalam drama, cuma ai je yang tak tengok hahahaha...