Monday, March 6, 2023

Makan dan Mandi Manda di The Club


Pertama kali kami mak-mak bola buat aktiviti luar selain dari bola :) Kali ini bawa anak-anak mandi kolam dan juga makan-makan sempena perpisahan salah seorang kawan bola Ariq yang akan berpindah ke negeri lain. Kami mak-mak sepakat untuk buat di The Club, Bukit Utama. Sebenarnya mak-mak yang paling semangat sekali bila buat bab-bab makan ini, semuanya kami uruskan dan ayah-ayah hanya keluarkan duit saja hihihi.. Sampai saja di The Club, perkara pertama ai buat terus ambil gambar makanan hahaha..









Anak-anak ni bila dah sampai The Club, tahu hanya nak mandi saja. Bila suruh makan tak ada maknanya, masing-masing tak sabar nak terjun kolam. Termasuklah tiga orang dalam gambar di bawah ini hehehe..



Qaireen tu nak main slide tapi takut nak lalu ada air macam hujan tu. Jenuh lah kakak Zahra dukung dia nak masuk dalam kawasan slide huhu..





Masa ini Ariq tengah main dengan Aqil. Tak nampak pula muka dia. Yang lain mandi kat kolam besar, mereka tu semua pandai berenang. Ariq tak pandai, dia hanya main kat tepi-tepi sajalah.





Kaum bapa pun seronok juga, rancak berborak tak toleh kiri kanan :)



Lama juga anak-anak ini mandi, banyak kali juga lah kami mak-mak ini panggil mereka naik untuk makan. Itu pun kena paksa naik sebab hari dah lewat petang. Kalau tak panggil memang sampai malam pun dorang semua okay saja.



Selesai makan, buat sesi potong kek. Raikan harijadi anak-anak. Lepas tu raikan semualah sekali arung. Semua orang potong kek hahaha... Biar semua seronokkan.







Pemberian hadiah untuk Afiq dari kawan-kawan. Semoga persahabatan mereka ini berpanjangan hendaknya. Hadiah untuk Mama Afiq pun ada juga tapi dalam video.









Terima kasih banyak pada Kak Aida dan Kak Rin yang banyak urusan makan-makan ini, ai pula tolong belikan hadiah untuk Mama Afiq dan mama-mama yang lain bab goodies dan macam-macam lagi lah. Yang pasti semuanya gembira dan kenyang :) Semoga selepas ini ada banyak lagi aktiviti santai seperti ini dibuat. Kepada Afiq sekeluarga, kami mendoakan kalian semua dipermudahkan segala urusan, gembira di tempat baru dan insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

Friday, March 3, 2023

Birthday at School


Bila esoknya sekolah Qaireen ada buat birthday celebration, barulah terhegeh-hegeh ai nak mencari kek. Beli kek ready made saja di Bakey Bites. Keknya sedap dan kedainya dekat sahaja dengan rumah. ai keluar dengan enZaf berdua sahaja.



Nak masuk dalam kedai ini kena buka kasut dan pakai selipar yang disediakan. Comel je gambar bunny dan bear :)



Hari kami datang tu tak banyak kek ready made yang ada. Tinggal perisa vanila sahaja. Memandangkan nak cepat jadi kami ambil apa saja yang ada lah. Design dan warna kalau nak cepat boleh rujuk pada katalog yang disediakan. ai pilih warna pink dengan bunga comel. Beli sekotak Nutella Brownies juga untuk tambahan di sekolah.



Dah selesai membeli, kami berdua singgah minum petang di kawasan situ juga. Tak pernah lagi makan di sini, Khaw Coffee & Co. Cantik deko dalam kedai ni, rasa selesa sangat.



enZaf order Japanese Cream Puff. Sedap, ai suka. Krimnya tak berapa manis jadi tak muak untuk ai. Satu puff tu dah penyek tak sempat nak ambil gambar cepat-cepat, enZaf dah ngap dulu hehe..



Toasted Bread with Vanila Icecream. Kalau ada aiskrim, makanan jadi auto sedap. Itu ai lah hehehe...





Pada awalnya ai dah bergambar sebelum ini tapi masa tu lampu heart dan perkataan love tu tak menyala. Staf situ nampak agaknya enZaf ambil gambar, terus dia datang kata nak on kan lampu. Terpaksa lah enZaf ambil gambar ai sekali lagi haha..



Gambar di bawah ini idea dari enZaf, kreatif! :)



Dua gambar terakhir ini ai ambil dari Facebook Genius Aulad. Tak sangka ramai juga birthday bulan Januari, Februari dan Mac. Meriah dengan kek. Pertama kali juga lah Qaireen sambut di sekolah. Seronok dia makan dengan kawan-kawan.





Monday, February 20, 2023

Second Trip with BFF

First trip bersama bff pada tahun 2018 [link], akhirnya kami buat lagi trip buat kali ke dua pada tahun 2023 hehehe.. nak dapat tarikh semua free tu bukan mudah. Ini pun adhoc, sekali semua kata okay lajulah Nani booked. Sama seperti first trip, kami tidur satu malam. Kalini di Port Dickson pula. Cuma trip kali ini Anis saja tak dapat join, dia kena kerja huhu.. sedih tak cukup corum. Sebelum kami gerak ke PD, semua berjumpa di Shah Alam untuk makan tengahari. Kami makan di Warung Mat & Mon.



Kali ini juga kami pergi dengan tiga kereta, ai, nani dan elin. Masing-masing bawa semua anak. Masa pergi Melaka ai dan Elin hanya bawa baby jadinya naik satu kereta saja. Ini dah bawa ramai kena lah masing-masing drive. Sebenarnya anak-anak ai tak tahu nak pergi mana, ai memang saja nak surprisekan dorang. Dalam kereta masing-masing berteka-teki pergi mana hihihi.. sampailah semua nampak signboard dan nampak tempat nak tidur.





Pertama kali tidur di Tasik Villa. Walaupun terletak di Port Dickson tetapi tempatnya bukanlah berdekatan dengan pantai. Nani booked Villa dan Elin booked hotel. Bilik hotel ada jacuzzi. Anak bujangnya nak tidur sana. Selain Villa dan bilik hotel ada juga chalet di tasik. Tapi masa kami pergi ini chaletnya ditutup. Haruslah ambil gambar ramai-ramai bila dah sampai depan Villa.



Thanks Nowwa snapkan gambar kami anak beranak. Bukan selalu dapat bergambar macam ni 🥰.





Video di bawah ni Nowwa nak pergi ambil makanan kat guard. Nani order Food Panda buat kunyah-kunyah kami kat swimming pool hehe.. antara aktiviti petang kat Tasik Villa ni, meriah!



Anak-anak ini dah sampai apa lagi, lajulah masing-masing nak mandi kolam. Memang habiskan masa semua di kolam sampai lah malam. Itu pun berhenti mandi sebab nak makan. Kalau tak makan mahunya sampai tengah malam. Makan malam ai order je home service.



Lepas makan, anak-anak ini ajak jalan-jalan kat luar. Cuaca malam tu best sangat, sejuk dan berangin saja. Elin dan Nowwa je bawak budak-budak bersantai kat luar. Thank you Mama and aunty Mummy. Ai dan Nani melepak dalam rumah sambung makan dan berborak hehehe.. Jadinya gambar-gambar waktu malam ini ai ambil dari Whatsapp group. Sempat tu semua naik bot pusing keliling tasik.









Esoknya semua bangun awal untuk breakfast. Sementara menunggu buggy sempatlah ambil gambar anak-anak. Nak jalan kaki pun boleh juga tapi anak-anak nak naik buggy.







Best ya makanan yang disediakan untuk breakfast. Banyak juga pilihan yang ada dan yang pasti semuanya sedap. Masing-masing kekenyangan dengan makan macam-macam.





Sebelum check-out, sempat lagi anak-anak ni mandi kolam. Last round gitu. Layankan aje lah bagi mereka semua seronok.



Bergambar sekali lagi sebelum keluar dari Tasik Villa.



Sebelum semuanya balik ke rumah, sempat singgah di pantai 🏖. Lepak sekejap dengan angin pantai dan bunyi deruan ombak. Masa ambil gambar ini Qaireen tengah tidur dalam kereta. Kepenatan mandi kolam hehehe... Lepas itu kami pergi makan tengahari.







MasyaAllah seronoknya bercuti dengan kawan-kawan ni. Walaupun satu malam saja tetap rasa puas hati. Bukan senang nak berkumpul macam ini. Macam-macam cerita keluar dengan gelak tawa sampai keluar air mata dan hingus hehehe.. sayang semua ketat-ketat. Moga persahabatan ini berkekalan hingga ke Jannah 💕.



Wednesday, January 25, 2023

Cerita Cuti Raya Cina


Cuti Raya Cina ini kami tak pergi ke mana-mana sekadar keluar makan dan jalan-jalan sekitar rumah sahaja. Lagi pun akak Zahra masih belum habis peperiksaan akhir tahunnya. Nak buat ulangkaji di rumah katanya. Seperti biasa, sehari dua sebelum balik asrama kami akan keluar makan. Anak-anak minta makan Teppanyaki di One Utama. Ingatkan cuti raya ni kosong shopping mall tapi sangkaan meleset, ramainya orang huhu.. Rasanya sekarang ni mana-mana pun ramaikan.. sesak dah Selangor dan KL ni :(





Selesai makan, misi kami untuk mencari baju Aliah untuk dinner sekolahnya. Pakaian untuk dinner tu ada warna tema iaitu pink atau hitam. Banyak kedai kami masuk tapi semuanya tak berkenan di hatinya. Sampai tak larat dah ai nak berjalan haha.. jadi kami singgah minum petang dalam One Utama tu juga. Lupa pula nama kedainya yang pasti mamak.



enZaf dan anak-anak sempatlah main kad Uno 3-4 round. Bukan main seronok dorang tu, mujurlah tak ada orang menjeling sebab bisingkan haha.. On the way nak balik ke parking, sempatlah ai snap gambar anak-anak. Tengah jalan tiba-tiba ai suruh dorang berhenti sekejap untuk bergambar. enZaf tahu sangat dah perangai ai ni hehe..



Akak Zahra pakai baju ai, hari tu ada belek sekejap dalam wardrobe mana baju yang dah tak pakai dan tak muat bagi pada anak-anak. Sedih rasa hati ini, bukan sedih bagi baju tu. Tapi sedih sebab badan dah kembang sebab tu dah tak muat :p Lama dah baju Raplh Lauren ni, masih elok lagi kainnya. Berbaloi beli walaupun sedikit mahal.



Dua orang ini, Ariq dan Qaireen teruja dengan lif nampak luar. Qaireen jenis gayat, bila masuk lif ni mesti nak berpaut pada sesiapa, sekarang ni dia dah okay sikit mungkin dah besarkan.



Ada lagi aktiviti kami masa cuti ni tapi tak ambil gambar. Kebanyakkannya makan-makan lah hahaha.. Oh! gambar di bawah ini masa hantar akak Zahra balik asrama. Sebelum balik tu haruslah ambil gambar dengan dia. Esok dia sambung exam sampai hari Jumaat tak silap ai. All the best kakak!



Saja ambil video masa lalu di jambatan ini. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) namanya. Boleh lah Google kalau nak tahu lebih details pasal jambatan ini :) Ai paling seram tengok tiang jambatan tu. Punya lah tinggi ya amat.