Thursday, February 27, 2020

Jambatan Angkat Kuala Terengganu


Dah alang-alang sampai ke Kuala Terengganu, harusla ai ajak enZaf ke Jambatan Angkat atau bahasa Inggerisnya Drawbridge. Masa ni dalam pukul 3 petang kalau tak silap. Cuaca masa ni ya ampun, tak boleh bawa bincang. Panas ya amat, tengok langit satu awan pun tak ada. Dekat dengan laut pula tu. Lagi la merelit panasnya.



Kalau ikutkan hati memang tak nak keluar dari kereta. Tapi dari jauh datang, takkan tengok je kan. Gigihla keluar semata nak bergambar punya pasal.



Mata tak boleh nak buka besar-besar. Anak-anak pula dah bising panas terutamanya Aliah. Diva memang gitu... tak boleh kena panas lansung huhu



Masa nak menuju ke jambatan tu, ai rasa macam jauh sangat kami park kereta. Bila dah hampir nak ke jambatan tu, rupa-rupanya ada parking disediakan betul-betul dekat bawah jambatan. Aduhai, kesian anak-anak terpaksa berjalan jauh sikit dengan keadaan cuaca yang panas huhu Ampun ye anak-anakku. Kalau perhati kat atas jambatan yang ada kaca-kaca tingkap tu, kita boleh naik sampai sana. Dari situ boleh tengok pemandangan dari atas. Kami tak pergi pun, anak-anak dah tak larat nak berjalan lagi. Cuma ai tak sure naik atas tu free atau berbayar.



Masa ai nak ambil gambar dorang, tetiba ada pakcik ni offer nak ambilkan gambar kami sekeluarga. Dia siap kata kami ni orang jauh elok la bergambar semua ada. Eh pakcik ni macam tau plak kami ni "pelancong" hehehe Terima kasih pakcik. Jasa baikmu kami kenang :) Moga Allah membalas niat suci murni pakcik.

Lepas bergambar sekeluarga terus kami patah balik menuju ke kereta. Sempat la bergambar lagi anak dara sulongku ini.



Ambil lagi gambar kesayangan.



Masa duduk dalam kereta, ai belek balik gambar-gambar yang diambil tadi. Sambil belek sambil mulut mengomel. Ai cakap ngan enZaf kata tak berapa cantik sangat angle bergambar dengan jambatan ni. Perasaan tak puas hati. Ai siap search kat ig, gambar-gambar orang ambil dari jambatan ni, view mana yg elok. Belek punya belek jumpa la dalam 2-3 gambar yang ai berkenan angle tempat orang snap nampak jambatan lagi elok dan cantik.

Ai pun pujuk la enZaf ajak bergambar lagi sekali. Pada mulanya dia taknak, enZaf kata okay dah gambar-gambar yang kita ambil. Tapi mengetahui isterinya yang suka mendesak akhirnya dia akur hihihi Bukan apa..jauh datang ni. Nak datang lagi ke sini tak tau lagi bila hehehe kukuh alasan tu kan. Nasib baik ai boleh baca kat celah kawasan mana nak bergambar.

Akhirnya ni la view yang ai berkenan hasil dari tengok kat ig orang. :)



Cantikkan.. puji diri sendiri hahaha



Kawasan ni agak sunyi, orang macam tak perasan sangat boleh lalu situ. Mungkin lalang dah tinggi, terlindung sikit. Jadinya takde orang lalu lalang kawasan ni. Nak minta ambilkan gambar pun tak boleh. So, kita wefie pun jadi la.



Terima kasih enZaf dan anak-anak, sudi layan Mummy dorang ni. Gigih bergambar banyak kali walaupun panas ya amat. Oh waktu malam, jambatan ni ada lampu warna-warni, cantik tapi kami tak ambil gambar. Tengok dari jauh je.


Tuesday, February 25, 2020

Ke Kuala Terengganu


Bila enZaf cakap ada kerja kat Terengganu. Laju je ai nak ikut. Oh ni cerita cuti sekolah tahun lepas hehe Throwback teruk. enZaf cakap pegi satu malam je, tapi ai tak kira nak ikut juga. Bila lagi nak ikut time anak-anak ni cuti. Penat pun penat la hihihi Nasib baik dia kata ok :)

Breakfast kat Genting Sempah, masa ni pukul 8.30 pagi. Boleh tahan ramai juga orang. Boleh dikatakan semua meja penuh.



Anak-anak bab jalan okay je. Kalau mengantuk tidur dalam kereta, ape ada hal kan. Cuma Ariq je la banyak tanya, dah sampai ke blom dekat 100 kali hahaha bertuah sungguh la anak ni. Dia jenis susah nak tidur dalam perjalanan. Tapi kalau dah tidur, dia la susah nak bangun :p



Sepanjang perjalanan kami ke KT Alhamdulillah cuaca sangat baik. Sentiasa panas dan tiada hujan langsung. 2 atau 3 minggu yang lepas enZaf ada ke KT sebelumnya. Masa tu dia kata hujan lebat dalam perjalanan. Hujung tahun musim tengkujuhkan. Tapi perjalanan kami haritu memang cuaca elok sangat.



Kami sampai town dalam pukul 12 lebih, terus cari makan tengahari. Cuba makan kat Singgang Budu. First time ke sini.



Masakan lauk campur orang pantai timur semestinya la kan. Tak ambil pun gambar makan. Sebab dah lapar dan ramai orang hihi



Ariq pula tetiba tak nak makan nasi, dia nak makan pizza. Nampak pizza sebelah restoran ni. Kemain anak bujangku. Omputih sangat. Untuk first time makan kat sini, ai rasa boleh tahan juga masakannya. Macam-macam pilihan ada. Orang pun tak putus-putus keluar masuk kedai. Tandanya memang sedap la kan.

Wednesday, February 19, 2020

Makanan Syrian


First time makan kat restoran Syrian ni. Mozer's dekat Bukit Jelutong. Tak rancang pun nak makan sini. Ini gara-gara kami saja pusing-pusing kawasan Bukit Jelutong, memang tujuan nak jalan-jalan cari makan. Itu bila pusing-pusing nampak restoran Syrian ni. Sebelum decide nak masuk dalam, ai siap search dulu dalam ig. Tengok makanan apa yang dihidang :)




Akhirnya kami pilih makan sini. Cantik deko kedainya. Sesuai buat celebration macam birthday party atau gathering. Kebetulan masa kami makan ni pun ada satu famili besar celebrate birthday maknya dan cucu sorang. Sempat ai tengok sesi dorang bagi hadiah terutama dekat maknya.. sweet sangat anak-anak dia.



Ai nak ambil gambar deko tu, Aliah plak tetiba posing. Mungkin dia ingat ai nak ambil gambar dia. So masukkan la sekali. Masa masuk dalam restoran ni Qaireen tengah tidur dalam kereta, bila bangun-bangun dia tengok dalam kedai terus moody huhu. Kacau time tidur dia.



Makan petang jadi order pun light light aje. Ni air teh apa nama tak tau. Tapi ada rasa mint. Kira macam teh o mint la gitu.



Ayam shawarma buat wrap. Sedap gilersss



Semua orang makan sebab sedap. Qaireen pun makan sama :) Nampak tak kesedapan tu, sampai yang kecik ni pun suka. Roti kat gambar bawah ni tak ingat nama apa. Sedap jua.



Anak-anak tak sah kalau tak makan pasta. Yang pasti licin pinggan. Sedap kata dorang.



Order kali ke-2 tapi kali ni ambil kambing plak.



Kat kaunter depan restoran ada jual kek, Aliah nampak kek red velvet. Terus minta Daddy orderkan. Feveret dia.



Just nice keknya, sedap manis secukup rasa.

Masak kebab kat luar kedai.



Ai snap gambar luar kedai sambil berjalan, maka hasilnya blur la.



Kalau terasa atau nak cuba makanan Syrian, ai rekemen tempat ni. Sila la pegi ke Mozer's kat Bukit Jelutong Shah Alam. Makanannya sedap dan harganya pun berpatutan. Iklan tak berbayar hihi

Friday, February 14, 2020

Projek Seni: Piala Tahun 2


Bila anak ko Ariq teringat ada projek seni nak kena hantar esok. Masa tu ai tengok jam dah pukul 9 malam. Ingat pun sebab ai suruh dia kemas bag sekolah untuk jadual esok. Nasib tak kemas esok pagi. Kalau tak memang tak sempat la nak buat seni dia. Maka gigih la Mummy bawa keluar segala jenis bahan yang ada. Mujur la sebelum ni ada beli cawan kertas. Selongkar segala hiasan yang ada. Projek kali ini kena buat Piala Saya Hebat.



Selalunya tiap kali anak-anak buat seni ai memang monitor dorang buat. Mana yang boleh buat sendiri ai biarkan saja. Melainkan ada part yang susah atau pun kekangan masa. Yang Ariq buat ni ai ada tolong 50% juga sebabnya dah lewat. Nanti lambat siap kalau dia buat sorang-sorang.



Rupanya ada dua warna untuk kertas kilat. Tapi kami ada satu je warna gold kat rumah ni. Tengah fikir mana nak dapat lagi kertas kilat. Beritahu enZaf kot dia ada nampak, mujurla dia ada ingat satu kertas kilat simpan tempat ai letak paper/ plastic bag kat dapur, ianya plastik dari door gift pergi wedding. Itu pun minta enZaf yang carikan kertas kilat tu. Jumpa satu kertas kilat warna silver. Jadi la, kalau diikutkan pada buku warna kilat tu warna biru :)



Walaupun senget benget pialanya dengan tampal kertas pun tak kemas, Mummy pejam mata. Apa pun Mummy tetap bangga nak oi. Sebab dia berjaya buat dengan gigihnya.



Janji ada hasil air tangan kamu tu. Siap dalam pukul 11.30 malam. Ai kemas barang-barang dan meja, setel semua terus masuk tidur.

Monday, February 10, 2020

Breakfast dan Cendol Dengan BFF


Pada 27hb Januari yang lepas, ai pergi makan-makan dengan kawan-kawan. Pembukaan tirai 2020 bersama bff gitu. Akhirnya dapat juga jumpa setelah sekian lama nak dapat tarikh semua ada. Nak kumpul semua tu bukannya senang, ada yang kejap kata free, nanti sorang lagi kata tak free plak. Memang susah. Ini pun jumpa tetap tak cukup corum.

Masa ai baru nak keluar rumah untuk nak breakfast ni Nani tetiba whatsapp tak dapat naik join pula huhu Walau macamana pun kami yang lain tetap teruskan jumpa. Sebab ada yang dah gerak dan ada yang dah sampai. Kalini kami cuba makan kat Kerisik pukul 9.30 pagi. Kedai ni boleh dikatakan baru je buka kat Seksyen 5. Ai is lambat sampai sebabnya time nak keluar tu, Qaireen poo poo pula. Kelam kabut cuci.. berpeluh-peluh haha Selalu macam tu tau, asal nak keluar bila ai dah bersiap. Masa tu la Qaireen membuang. Sabar je la.

Antara menu yg diorder. Mee bandung, nasi impit dengan kuah kacang. Oh ada kuih muih.



Lontong dan laksa johor.



Akak Zahra makan nasi lemak, tak ambil gambar plak. Sedap-sedap okay makanannya. Semua ada rasa. Harga pun berbaloi. Best makan dalam aircond lagi. Tiada panas berpeluh hihi Lepak lama pun tak terasa.



Makan borak gelak sampai keluar air mata. Sampai tengahari kami kat situ. Itu pun sedar diri sebab ada suami kat rumah yang ditinggalkan. Kalau tak mahu sampai ke petang hihi. Sebelum balik sempat lagi bergambar kat luar kedai pula.



Nak juga bergambar kat signboard atas tu.



Baru-baru ni ai makan ngan enZaf pula kat Kerisik. Ada ambil cheese cake. Sedappp... ada gak kek lain yang nampak menarik, lepas ni boleh datang lagi. Rupa-rupanya owner kedai ni, kawan enZaf. Dia tu kan, bersepah-sepah kawan. Merata ada je kat mana-mana. Kalau berjalan dengan dia ada je terserempak dengan kawan. Best betul ramai kawan ni.

Lepas 4 hari ai dating dengan Nani pula. Masa breakfast kat Kerisik dia tak dapat datang. Kali ni kami lepak petang, kat Rizky Cendol Seksyen 6.



Cendol Durian D24.



Ariq takde sebab dia kat sekolah. Kami lepak sampai dekat pukul 6 petang, boleh ai terus pergi ambil Ariq balik sekolah. Senang tak payah nak keluar masuk rumah banyak kali.

Thank you la kat abam keje Rizky ni, ambilkan gambar kami.



Next round kena gather semua-semua bagi cukup.