Monday, September 14, 2015

The Els Club, Teluk Datai


Buh dalam blog buat kenangan.
Besok2 anak2 baca Daddy dorang
bukan main bola aje tp main golf gak.

Ni cerita yang dia gi Langkawi
yg ai tak dapat ikut tu huhuhuhu
Ada Golf Tournament anjuran OKI.
Tempatnya di The Els Club, Teluk Datai [link].
Antara golf course termahal.
Zaf kata kalau sesaja nak main mmg tak la.
Untung OKI buat kat sini,
dapat la merasa katanya hihi

Tournamentnya hari Sabtu lepas.
Organizer arrange flight
bertolak kul 7 pagi dr Subang Airport.
Gambar2 ni semua enZaf whatsapp.



Cantiknya la hijau rumput.



Cuaca elok takde jerebu cm kita kat sini.



Dengan partnernya Fariz.
Dorang ni kawan dari kecik time basikal 3 roda
sampai la ni sama lagi.
Keje bidang yg sama tp lain company.



Tergoda betul tgk pemandangannya.
Jeles okey.



Tengok dalam gambar dah cantik.
Kalau tgk sendiri mesti 10x cantiknya.



Ariq cakap Daddy with vroom vroom car haha
Kalau la bole bawak balikkan,
ai pun nak satu :)



Dia dapat No 5.
Katanya ada birdie pun tak bole menang,
ramai sangat terror hahaha
Bagi ai no 5 tu pun dah terror dah la.



Ni hadiah dia dapat "Nearest to the pin"
Jam golf katanya.



Oh lagi satu dia dapat iSetan voucher worth 2k.
woot woot mari la kita shopping.
Tapi confirm la tu Zaf nak beli brg golf dia.

Saturday, September 12, 2015

For Sale: Tie Rack Scarf


Memandangkan ada yg bertanya,
dan ai pun dah tak pakai.
Better let go kat owner baru.
Sedih tapi dari tersidai je
tak bersentuhkan.


From Left:
TR1 (SOLD), TR2 (SOLD), TR3 (SOLD), TR4 (SOLD)


From Left:
TR5 (SOLD), TR6 (SOLD), TR7 (SOLD), TR8 (SOLD)


From Left:
TR9 (SOLD), TR10 (SOLD), TR11 (SOLD), TR12

Pada yang tak tau,
ni tudung dari Tie Rack, London.
Square scarf.
Size 90cm x 90cm
Nak let go RM15 sehelai.

Sapa yg berminat sila email yer

TQ!

Friday, September 11, 2015

Dinner at Burgerbyte


Smlm makan kat sini.
Zaf mmg suka sgt makan kat Burgerbyte.



Macam biasa la,
amik gambar anak2 sblm makanan sampai.



Luka kat muka bahagian kiri Ariq tu dah kering.
Ada sket lebam je tinggal.
Akibat jatuh dari kereta,
masa nak gi kedai huhu



Kami order Beef Nachos.



Naked Burgers.





Cuaca masih berjerebu
masa hantar Aliah sekolah.
Cahaya matahari pun terlindung dek jerebu.
Moga kita dan anak2 diberi kesihatan yg baik.

p/s: Tak dapat ikut Zaf gi Langkawi.
Organizer dah arrange flight ticket tuk golfer huhu

Thursday, September 10, 2015

Ke Mitsui


Skang ni hari minggu Zaf sibuk ngan bola.
Start dah liga dia join.
Macam2 nama liga ai pun tak ingat.
Kalini kemain masuk sampai 2 team.
Sabtu Ahad ada game.
Tak kisah la kan janji kita tau
dia bersukan, bukan buat menda tak tentu hala.

Kalau ai rajin
ai ikut dia.
Tapi selalunya mmg rajin la ikut pun hihi
Sabtu lepas ikut hari hujan plak.
So lepak dalam kereta je ngan anak2.

Habis game,
dia masuk kete terus tanya.
Nampak tak ai score.
Confirm la ai jawab tak nampak :p
Kalau ai betul2 tgk dia main,
takde pun jaringkan gol.
Kalau tak tgk dan dan ada gol.
Selalu gitu huhuhu

Tiap kali dia habis bola,
mesti nak gi makan terus.
Tapi kalini dia ajak ke Mitsui.
Nak beli boot katanya.
Sbb boot yg dia nak tu ada kat sana tgh murah.

Tapi kesian size dia takde.
Punya la frust muka dia.
Dah la jauh datang.



Sbb dia tak dapat apa dia nak,
dia belikan pakaian tuk ai.
Bukan pakai tuk jejalan,
tapi tuk jogging. :((



Katanya ai dah lama stop joging.
So dia beli baru ni,
tuk naikkan semangat balik.
Nampak tak permainan dia kat situ.
Nak suh kita kurusla tu :p

Sementara tunggu enZaf bayar,
suh anak2 posing satu dua keping.



Lepas tu semua kedai sukan Zaf masuk,
kot ada boot dia berkenan.
Tapi mmg takde beli.
Sbb dia nak juga nike tu.

Last stop makan kat food court.
Ni budak pantang tgk jagung.
Feveretnya.



Zara makan nasi ayam.
Share ngan Aliah n Ariq sikit.



Ai n Zaf makan Fish n Chips.
Lama tak makan dan sgt sedap.
Selalu ai makan mesti cepat muak.
Tapi ni habis.



Ariq amikkan gambar ni,
walaupun blur tapi ai suka.



Esoknya Ahad tak ikut Zaf gi bola.
Ai joging buat pertama kali
setelah sekian lama stop.



Moga diri ini rajin balik la joging 3-4kali seminggu.
Oh yer, nak kena wat balik
rekod2 yg nak kecilkan peha n perut.

Esok Zaf nak gi Langkawi ada golf tournament.
Mari berdoa moga dia bawak ai n anak2 skali ke sana haha

Wednesday, September 9, 2015

Mendurian


Suka hati je wat ayat sendiri.
Asal bole mendurian tu ahahaha

Seperti biasa
setiap hari Selasa malam,
hantar Zara ke Eye Level.
Nampak dah progress dia kat sana semakin baik.
wat calculation pun takde dah pakai jari.
Tgk nombor dia leh tau dah berapa.
Camne teknik ai pun tak tau hihi

Tiap kali tunggu Zara habis class,
tiap tu jugak la ai is pening nak pikir
buat ape ngan dua orang lagi ni haha
Kena buat benda yg tak melibatkan duit.

Ni dorang main kinetic sand kat dalam MPH.
Aliah mintak beli,
confirm la ai tak bagi.
Kat umah tu takde tempat sesuai nak main.
Kang bersepah ai sendiri yg stress.
Terukkan perangai mummy dorang ni.



Habis kelas Zara,
ai whatsapp enZaf tanya dia kat mana.
Kot dah habis keje.
Jumpa kat Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang.
Lepas makan ajak dia pekena durian plak.
Dia kata okay.
So kami makan kat gerai depan mcDonalds.



Musang King.



Ntah ape Daddy dorang buat lawak.
Zara Aliah tak makan durian.
Ariq je yg makan.



Sementara Mummy Daddy mendurian,
anak2 ni main berlari2 memekak.
Nasib org tak ramai.



Takde dah gerai durian depan mcDonalds ni,
dah nak habis musim agaknya.

Harini dan esok Zara cuti,
Sekolah bagi cuti sbb upsr.
Kan best kalau bagi cuti terus sampai Jumaat hihi