Saturday, November 16, 2013

Teruja


Seronok tgk kat fb
kawan2ku semua upload gambar anak2 mereka
ambik hadiah, trofi, sijil, naik stage bagai,
yg mana mereka cemerlang dalam akademik.
Pelajar terbaik, matapelajaran terbaik,
kokurikulum terbaik..
macam2 terbaik la.
Tahniah tahniah tahniah wahai anak2.

Keterujaan itu membuatkan ai pun
teringin nak merasa kegembiraan mcm korang gak.
Diriku doakan semoga anak2 kita
berjaya dalam semua segi,
bukan sahaja akademik, akhlak, sahsiah,
dunia akhirat semua la.
Takde ibu yg tak suka tgk anak berjayakan.
In Shaa Allah
yang penting kita sentiasa memberi sokongan dan galakan
dan seharusnya la berdoa yang terbaik buat mereka.

*Zara blom darjah 1 tapi
dah imagine dia naik stage skang :p


Friday, November 15, 2013

Maharaja Lawak Mega 2013


Habis dah Super Spontan.
Agak dah dari mula sampai habis
Jep yang akan menang :)

Malam ni start dah Maharaja Lawak Mega 2013.



Komedi2 ni mmg feveret dia.
Bab2 drama melayu ni kem salam je hehehe
Memang dia tak layan sgt.


*pic credit to thr.fm

Anna, aku dah beli fillet,
mlm kang supper fish & chips
sambil tgk MLM ni
wah kemain supper berat gitu hahahah

Pegi H&M, OU


Smalam keluar ngan anak2 ke OU.
Misi utama ke H&M
nak beli white long sleeve tshirt ngan track suit.
Zara nak pakai esok.

Sebelum tu gi makan petang.
Hujan2 perut memang lapar.
Tapi kalau tak ujan pun lapar jugak hehe



Anak2 seronok bila Mummy bawak gi
makan kat Auntie Anne's.



Budak kecik ni kusyuk
tgk katun Minion nun jauh kat kedai dvd sana.



Dah makan masuk H&M,
kecoh okeh masa dalam ni.
Si Aliah nak umbrella la,
hair clips la, baju la.
Menangis2 nak tapi ai buat tak tau je. :(

Amik baju suar tuk Zara
terus gi bayar cepat2.



Penat dah 'drama' dalam H&M tadi.
Dok lepak jap tenangkan jiwa Mummy yg bercelaru haha.



Kejap je kat OU,
malas nak dok lama2.
Anak2 tak behave sangat.
Migrain terus haha

Thursday, November 14, 2013

Susu Merundum Bila Period


Ramai kawan2 ckp
bila kita period je
susu badan akan berkurangan.
Bagi ai semua tu
bergantung pada diri masing2.
Sblom ni masa Zara & Aliah,
susu badan ai mmg kurang sket.
Nak nak time Zara,
mungkin sbb anak first
pengalaman blom ada lagi.
Bila time Ariq ni Alhamdulillah.
Rezeki anak lain2kan.

Yang pasti kita jgn terlalu sgt
pikirkan susu kurang
susu xcukup, susu xde.
Bila kita pikir mcmtu
nanti kita stress
dan automatik pengeluaran susu pun kurang.

Perkara yg sgt penting tuk bf
bykkan minum air masak.
Satu hari 11 gelas ai minum,
tu pun kekadang ada gak terskip.
Paling kurang 8 gelas sehari wajib.



Botol air ni memang merata ai letak.
Dalam bilik tido, ruang tamu,
meja makan, mana2 la.
Ada 5 botol semuanya.
Asal nampak je minum,
habis air topup hihi



Selain dari air masak,
ai minum jus kurma.
Yang ni dari bersalinkan Ariq
sampai la skang masih amalkan.
Selain banyakkan susu badan,
bagi kita tenaga jugak.
Takde la letih sangat badan tu.

ESP dari Shaklee tu ai minum skali skala.
Tak bancuh hari2 :)

Yang ni baru beli bulan lepas,
teh kurma dan longan.



Beli kat Giant je.
Setakat ni terasa jugak la
air susu tu banyak bila Ariq minum.

Kadang2 tak hari2 pun
ai minum semua tu.
Penyakit malas tu slalu datang haha
Tapi minum air masak tu iye.
Setiap orang pun ada cara sendiri
tuk banyakkan susu badankan.
Kita sendiri tahu apa
badan kita perlukan.
Tak semestinya ape org lain buat
or makan serasi dgn kita.

Ape pun kita sentiasa berusaha,
berdoa dan selebihnya berserah
pada Allah supaya niat kita
diperkenankan dan dipermudahkan.

Wednesday, November 13, 2013

Japanese Bakery


Gi jalan2 kat Paradigm Mall
dan benti minum petang kat Komugi Cafe.



Menu2 ni semua anak2 yg order.
Mummy & Daddy tumpang rasa sket hihi

Butter Cheese.
Sedap, Zara mmg suka.



Fuwa Fuwa Cream Bun.
Lembut gila rotinya.
Dalam ada inti kastard.
Yang ni ai habiskan haha



Chocolate Cake.
Biasa2 je, xde sedap mana.



Mille Crepe Cake.
Sedap, crepe tu wat kek.



Aliah bab2 makan kek mmg dia no1.
Cepat je tangan dia capai :)



Zara muka ngantuk tak tido petang.



Ariq plak suh pandang camera,
dok pegang kepala geleng taknak :p



Ajak bergambar ngan akak Zaranya,
taknak toleh langsung.
Panggil byk kali buat tak tau je huhu
Bosan dah mummy asik je amik gambar diakan.



Suh Zara amikkan gambar ngan Aliah,
ha senget dan blur.
Jadila :)