Saturday, June 2, 2018

Golden Cornflakes & Crunchy Nuts Sedap


Bulan puasa ni cousin ai
ada buat kuih raya.
Muda lagi baru lepas grad UTM.
Anak paksu blah abah, Fatin namanya.
Rajin muda2 buat keje sampingan.
Balik dari opis sambung buat kuih plak.

Dah ada tu,
alang2 beli nak merasa.
Dia buat Golden Cornflakes
& Crunchy Nuts.

Siap hantarkan kat rumah.
Opisnya kat Bandar Utama,
dekat katanya boleh hantarkan.

Masa dia sampai,
tak tgk pun kuih tu,
masuk2 je kami borak2.
Ajak dia buka kat rumah,
dia dah janji nak berbuka ngan kawannya.

Dah lepas buka baru ai
tengok kuih2 tu.
Tak sangka dia bagi shawl.
Alahai terharu...
moga murah rezeki dan melimpah ruah Fatin ye.



Golden Cornflakes ni sedap.
Secukup rasa serba serbi.
enZaf pun suka.



Crunchy Nuts ni pun...
terbaik la!!
Penuh kekacang atas tu..



Fatin ni bukan je rajin buat kuih,
dia ada juga jual menda2 lain gak.
Bole visit IGnya, search
sparklebyus.com

Wednesday, May 30, 2018

Ariq & Puasa


Semalam 29hb Mei iaitu 13 Ramadhan,
Ariq berjaya puasa penuh hihihi.
Sebelum ni dia puasa separuh hari,
tapi lebih kepada tak puasa :p

Hari2 ai kejutkan dia sahur,
sbbnya dia yg mintak kejutkan.
Ai kejutkan dalam 3-4 kali,
kalau dia taknak bangun ai biarkan aje.
Takde paksaan pun nak suh dia puasa.

Hari pertama Ramadhan dia tak
dapat puasa.
Ada ulser banyak kat mulut dia
sehari sebelum puasa tu.
Ingatkan kena hfmd,
tp takde plak naik bintik2 kat tangan or kaki.
Hanya mulut dia je..
Ya Allah kesian tgk masa ulser penuh kat mulut.
Kita yang kena satu pun rasa perit,
ni ape ntah lagi banyak dan ada yg besar2.
Demam takde mmg ulser semata.

Daddy dia bawak gi klinik,
doktor bagi ubat makan dan sapu.
Nasib baik la ada ubat sapu
bagi kebas kat ulser dia tu.
Kalau tak mmg sah sah susah makan.
Masa nak sapu ubat tu seksa jugakla,
mana taknya pedih kot.
Lama baru ok sbb dah rasa kebas n tak sakit.
Laju2 suh dia makan nanti nak bagi ubat lagi.
Dalam 5 hari jugakla baru dia betul2 sihat.

Muka orang tak puasa.



Mummy tgk air kosong pun telan air liur,
bole tahan haus gak tekak ni,
Qaireen plak kuat betul menyusu. :)

Yang bestnya ada satu hari dia
cerita masa balik dari sekolah.
Kak Ida (helper kat GA) sediakan makanan
tuk 3-5 years waktu rehat.
Bole dia join sama makan.
Ada geng plak tu, kawan dia nama Haziq.
Geng tak puasa hahahah
bertuah sungguh.

Bila ai tanya dia balik,
Ariq puasa ke tak.
Dia ngan konfidennya jawab puasa.
hahaha Ariq Ariq.

Walaupun dia tak puasa or puasa separuh hari je.
Tapi dia rajin ikut Daddy dia
pergi solat tarawikh.



Alhamdulillah Ariq ni jenis duduk diam.
Tanya enZaf dia okay je.
Dah biasa ikut gi solat Jumaat jd takde masalah.
Cuma Daddy dia cakap,
kekadang terlebih laju dari imam.
Imam belum sujud dia dah turun dulu hahaha

Harini dia bangun sahur,
harap2 dapat la puasa penuh lg.

Thursday, May 24, 2018

Photo Print using Photobook Worldwide


First time pakai Photobook apps.
Gara2 tgk iklan Awal & Scha kat phone.

Bila install terus try.
Rupanya untuk pertama kali
dapat free satu simple book.

Amik masa 6 hari sampai.



Ni la rupa simple book.
Size 6"x6" yg free tuk first time.
Minimum 21 keping gambar.



Nak letak lebih gambar pun bole.
Tuk yg free dia bg sampai 21 keping je.
Lebih tu dia charge ikut keping.
Lepas tu RM8 tuk postage.
Total ai buat ni RM16 je bayar.

Ada byk jenis nak letak gambar tu.
Ingat nak buat penuh tuk album,
tp resolution gambar tak cukup tinggi.
Kalau tak tinggi print nanti tak cantik,
gambar pecah.



Tak kisah la janji dapat printkan.
Takut nanti hardisk crash lagi,
hilang semua gambar.
Satu apa pun tak dpt.
Lebih baik print gini.

Nanti nak print lagi tuk gambar lain2.
Walaupun dah takde free ni,
Photobook bagi byk offer.
Bukan simple book je...
bole print calendar or nak print satu2.
Macam2 lah ada dan byk size.
Alah korang install la baru tahu hehe.

Pegi install Photobook apps skang :)


Tuesday, May 22, 2018

Nasi Planta + Ayam Beraneka Murah dan Sedap


Sabtu lepas pegi Bazaar Ramadhan
kat Bandar Sunway.

Pergi gerai sepupuku Azfar
dan wifenya Hakimah.

Bulan puasa ni dorang berniaga kat situ.
Cuaca petang tu hujan lebat.
Nasib baik sampai dah rintik2.

Berpusing2 cari parking,
punya la tak tau sbb area tu
padat ngan kawasan perumahan.
Rupanya lg senang parking kat masjid situ je.

Sampai2 terus ai cari gerai dorang.
Nampak tak kepochi tgk orang berniaga hehe



Sibuk ajak bergambar
time2 customer ramai.
Padahal tak putus2 org beli.
Alhamdulillah kata mereka habis licin lauk.



Besar banner kat gerai tu,
kalau tak nampak saje la kan.



Beli Ayam Kungpao,
Ayam Honey Chili &
Ayam Black Pepper tuk berbuka.



Sedap2 okay.
Dengan harga RM6 satu
tersangat la berbaloi.

Sesiapa yang area Sunway or yang berdekatan,
boleh la singgah gerai dorang kat
Bazaar Ramadhan Masjid Al-Husna Bandar Sunway.
Opposite ngan Sunway Pyramid.

Oooo bole follow page dorang kat
fb dan ig yoursfreshly.my
Bukan takat berniaga bulan puasa.
Hari dan bulan lain pun ada
kedai makan kat Suria Mall, Putrajaya.


Sunday, May 20, 2018

Satu Malam di Swiss Garden


Yezza kami ke Swiss Garden lagi.
Memang tempat feveret semua orang.
Lepas anak2 habis sukan,
terus enZaf ajak ke Kuantan.
Ape lagi laju la kita.

Muka anak2 dah terbakar mcm ape.
Nasib baik cahaya matahari buat
kegelapan tak berapa nampak sgt dlm gambar.



Gambar ai yg pelik,
terang sgt cahaya tu.



Terus wefie ngan Qaireen.
Dan menampakkan penuaan kulit di situ
hahaha
Tp yang lebih penting muka Qaireen yg happy.
Si dobot Mummy.



Masuk2 bilik terus laju ke pantai.
Bertambahla kegelapan masing2.
Tak kisah la kan,
janji dorang gembira.



Dah berenam,
sebelum ni dtg Qaireen dlm perut.
Beza trip ni sblm dan selepas Qaireen
4 bulan :)
Entry sebelum Qaireen ada [link]



Si dobot ngan Daddy.



Cuaca sangat cantik,
dorang pun berendam lama kat air laut.



Ada amik video sikit.



Qaireen with Mummy & Daddy.
Boringkan asik2 bergambar je.
Besar menguap hihihi



Dan terus menerus la tido.
Sedap dgn tiupan angin laut.



Hari ke-2 baru teringat nak amik
gambar depan resort.



Sblm tu keluar makan tghari,
dan amik barang lagi yg tertinggal dlm kereta.
Smlm punya la eksaited keluar
sampai terlupa ada lagi tak bwk keluar.

Kami makan tengahari kat Restoran Mabiq.
Dalam tengah menunggu enZaf amik lauk,
ada sorang kakak ni dtg tegur Qaireen,
suaminya depan meja kami,
dia cakap tgk kitaorg teringat macam
dia n wife masa anak2 kecik.
Anak2 pun sama 4 org, sorang je lelaki hehe

Dah sembang tu sempat kakak hulur duit.
Katanya rezeki baby.
MasyaAllah terharunya.
Moga murah rezeki kakak dan abang tu.

Oh yer lepas makan ke town beli charger,
lupa bawak phone charger huhuhu..

Sambung lagi ke pantai.



Kalini cuaca nak hujan plak.



Ape la anak2 ni lukis,
yg pasti comel :)



Video anak2 tulis kat pasir tu.



Masa ai tengah layan perasaan kat pantai.
Tengok stokin Qaireen takde sebelah.
Cari punya cari nampak la kat atas pasir.
Sblm amik tu,
sempat lagi ai amik gambar hehehe



Cam cantik je terletak kat situ.
Amik gambar wat kenangan :p

Thank you enZaf bawak kami jalan2 lagi.
Terharu sbbnya 2 kali berturut kami berjalan.
Sblm tu ke PD.
Tak habis2 throwbackkan haha