Wednesday, August 17, 2016

Creamore Coconut Shake


Jalan2 santai kat Shah Alam,
konon nak pegi Pesta Durian
kat ngan SACC Mall.
Dah sampai sana tgk cam tak menarik je.
Khemah tak banyak.
Yang nampak durian satu khemah,
selebihnya khemah buah-buahan tempatan.

Kurang pasti pesta yg
tak berapa nak pesta sangat hehehe
Jadinya enZaf cakap tak yah pegi la.
Tak nampak menarik pun.

Nak keluar dari SACC tu
nampak ada coconut shake.
Laju je enZaf benti tepi jalan,
suh ai pegi beli.

Antara minuman yg dijual.



Ai order 2 shakes yg feveret orang ramai.
Kemain ada papparazi rupanya.
Jarang laki nak amik gambar gini.
Dan diriku kembangnya la hai.
Bila nak kurus pun tak tau huhu



Kemain wefie tanpa mummy yer.



Oreo ngan Hershey's



Dua-dua sedap.
Anak2 mmg laju amik oreo tu la.
Zara yg tak minum pun leh minum.

Nak tau details pasal Creamore Coconut Shake,
click sini tuk website [link]
sini plak tuk facebook [link]

Tuesday, August 16, 2016

Rutin Kembali


Yeyyyy rutin bersama kawan kembali.
Macam la sblom ni xjumpa kawankan hehe
Cuma ni rutin lepak makan minum
waktu petang dah start balik.

Time ni la waktu sosial ku ada.
Selebihnya pepaham la
ngan anak2 24 jam.
Walaupun ngan kawan,
anak2 tetap ada join bersama.
Jadi la dari takde kan.
Atleast otak tu takde la
tepu sangat :p

Nasib baik ada kawan yg sudi
nak keluar ngan kita hihi

Slalunya kami tak plan sgt.
Whatsapp tanya free ke tak,
kalau jadi on.
Gitu je la.

Kalini tekak rasa nak makan menda manis.
Kalau nak dekat period gitu la,
mencari menda2 manis.



Tee B plak nak kafein,
ai nak manis.
So ke Starbucks je la.
Thanks Tee menemaniku :)



Suka Ariq dpt birthday present.
Punya la dah lama birthday dia.
Thanks Tee!! Moga murah rezeki selalu.



Tuk Aliah pun ada.
Muka masam mencuka,
sbb Mummy cakap satu lagi
bagi akak.
Dia nak dua-dua huhuhuhu



Nasib la si Zara tu jenis
beralah banyak dan tak kisah.
Nanti bila main sama2, share jugak.
Perangai masing2kan.
Tu yg buat paras darah naik turun
naik turun je hohoho

Dalam The Strand ni takde kedai menarik,
byk lagi shop lot tak bukak.
Sayang mall dah cantik
tp tak dapat sambutan sgt.

Sempat gak la masuk Daiso & DIY.
Takde ape pun nak beli.
Tapi kalau dah masuk tu,
ada je la rasa nak beli itu ini kan.
Ni pun ai dok tahan tak amik ape yg berkenan.
Beli brg anak2 je.



Monday, August 15, 2016

For Sale: Pants




Details ada kat sales blog.
Click [sini]

Tp ada yg blom masuk lagi.
Banyak gangguan plak kat umah ni.
InsyaAllah cuba settlekan secepat mungkin. ;)

Friday, August 12, 2016

Aktiviti Weekend Lepas


Hari Sabtu Kondo ada wat majlis hari raya.
Last day open house raya kalini,
walaupun Syawal dah habis hehe

Jemput Adun Kota Damansara
Y.B. Puan Halimaton Saadiah binti Bohan
kat majlis ni dan rasmi bilik gerakan kondo ni.
Oh yer pilih dekorasi raya tiap blok.
Blok ai tak menang huhuhu



Sampai agak lewat sket,
penuh dah dewan.
Jadinya kami lepak kat luar je la.
Depan dewan ada gerai makan.
So duduk situ.
Nasib baik ada kipas jd tak panas sgt.

Budak2 ni awal2 lagi dah nampak eskrem,
mmg itu la dimintaknya.



Aliah sampai makan 3 kali.
Balik umah terus serak suaranya.
Ha makan byk sgt.
Nasib baik tak demam.

Ni antara makanan yg diambil oleh enZaf,
kambing je dia tak amik.



Sebelum ke sini,
kami masih kenyang lagi.
Ni dtg pun sbb tunjuk muka kan.
Buat cukup syarat :)

Esoknya Ahad gi majlis perkahwinan,
anak kawan enZaf kat Taman Maluri.
Suka dewannya..cantik.
Deko pelamin pun lawa jua.
Sejuk mata.



Kawan2 keje enZaf.
Yang paling jauh dtg dari Sarawak,
blah kiri sekali.



Sedap sedap lauk nasi minyak,
pastu ada jua lauk kg.
Sambal belacan, ulam-ulaman.
Rasa cam nak menambah je.

Kemain lagi laki ai kan.
Sengih kemain...
Perasannya single tu.
ppffttt



Wefie satu kali dlm kereta :)
Sblm kami ke Sg Buloh.



Hantar anak2 ke umah maktok.
Sbb malamnya ai n Zaf nak dating.
Zara & Aliah mmg okay takde masalah,
risau kat Ariq je.
Sbb dia tu mana ada tinggal lama2.
Sblm ni tinggal melalak je,
selagi mummy daddy tak amik.
Manja betul la anak bujang ni.

Tapi kalini alhamdulillah.
Dapat dah tinggal lama.
Takde nangis.
Adik ai cakap tiap masa dia
tanya mana mummy daddy hihi

Kami gi tgk wayang.
Cerita Jason Bourne.



Kami berdua mmg minat citer jason Bourne tu.
Mmg follow dr awal.
So bila keluar citer ni,
harus la nak gi tgkkan.
Ingatkan citer ni mcm finale.
Rupanya2 mcm ada lagi je.
Sbb ending tergantung sket :)
Ape pun citernya best.

Dlm tgk wayang tu,
adik ai whatsapp
gambar anak2.
Kemain seronok dorang yer.



Maksu layan bawak gi jalan2
kat Taman Layang2.
Main bubbles bagai.
Pastu bawak gi makan McDonalds.
Orang tu baru dpt lesen kete
harusla xboleh dok diam.
Gatal kaki tu nak keluar :)
Macam kita jua la kan
awal2 dulu hihi

Patutla Ariq tu tak nangis haha
Best rupanya.
TQ Maksu layan anak2 jejalan.


Wednesday, August 10, 2016

Shopping sikit


Gi hantar Zara kat Eye Level class,
sementara tunggu dia
masuk MPH jap.
Belikan dia ruler panjang.
Tiap bulan mesti ada je
stationary dia hilang.

Sblm ni beli eraser pastu gam.
Macam2 la.
Kalau bukak kedai stationary ni,
memang habis bagi kat anak2 je la haha

Lepas tu terus gi Starbucks.
Nampak ada air baru.
Ape lagi laju la suh en Zaf order.



Ariq plak tgh memujuk daddy dia
nak chocolate cake.



Pilih mango.
Rasanya lebih kurang sama
cam mango tango kat Pizza Hut.



Ini budak merajuk ngan Daddy dia.
Masa kat MPH dia mintak coloring book,
tp Daddynya tak bagi.



Kul 9 amik Zara.
Lalu Typo, kot kot ada MakTeh dorang.
Tengok ada.
Dia mmg rajin wat part time kat situ.

Lama gak la kami dlm tu.
Ai mmg suka sgt Typo.
Best2 barangnya.
Harga pun "best".
Tp adik ai keje situ,
dpt la staff price kan hihihi

Kalau korang ada berkenan ape2,
roger2 ok.
insyaAllah ai leh tolong belikan.

Harusla keluar tanpa tangan kosong :p
Balik kalau takde paper bag/plastic bag
macam tak lengkap je rasakan haha



Tak beli ape sangat pun.
Beli sarung bantal je :)


*pic from cottonon.com