Thursday, December 5, 2013

The Loaf at Paradigm Mall


Kami mmg suka jalan2 cari makan waktu petang.
Selalunya tghari mmg ai masak,
lunch kat umah je.
Sbb nak solat Zuhur dulu,
pastu baru keluar.
Senangkan, kalau ada anak2 yg hyper ni
huru hara jadi siap2 solat.

Kalini makan petang kat The Loaf.
Roti kat situ tak byk sgt choice.



Ariq yg gigih nak wat peace tak jadi tu.



Superhero datang bawak makanan yeyyy :p



(From left)
Sausage Roll, Chicken Ham, Galette & Almond Leaf



Anak2 suka Galette.
Nama kemain padahal roti gula je hihi
Ai & Zaf suka giler kat Almond Leaf tu,
sedap sangat,
crunchy2 liat :)

Wednesday, December 4, 2013

Pekena teh tarik


Waktu cuaca sejuk-sejuk memang elok sangatlah pekena teh tarik. Minum panas-panas tu memang best je rasa. Kebetulan lepas solat Maghrib enZaf tak ada kerja, saja-saja la ai ajak dia keluar pergi minum. Sekali dia kata okay, ape lagi laju-laju la kita bersiap haha... Tempat yang sesuai nak pergi minum teh tarik, ke mamak la kita. Kami ke Restoran Di Naina. Laju order Teh Tarik & Milo Tarik.



enZaf makan Roti Canai Telur Bawang. Tebal roti dia dan sedap. Boleh pula dia makan bawang kalau dengan roti canai. Kalau makan lain atau pun lauk yang ada bawang, dia kuis-kuis je bawang tepi pinggan. Pelik betul :)



Ai pula makan Butter Cheese Naan.



Dah ada naan harus la ada Ayam Tandoori.



Zahra dia nak makan roti canai. Sekarang ini dah cuti sekolah, bukan main seronok dia sebab dapat tidur lambat. Buat masa ini memang Mummy pun bagi green light dia buat apa dia nak. Tetapi next week dah tak boleh main sangat sebab Mummy dah sediakan schedule untuk dia. Lama sangat dah tak mengadap buku :p



Gambar kat bawah ini muka Aliah yang tengah merajuk sebab Daddy dia tak order air Milo untuknya hehehe.. Terlupa sebenarnya, bila air Milo tu dah sampai terus hilang muka merajuk tu.



Ariq pula tengah kusyuk main cars dia. Minat betul dengan Hot Wheels. Bawa sikit je dari rumah, ikutkan nak bawa semua.



My banker bergerak. Senang hidupkan heret dia ke mana sahaja :p



Pagi ni ai akan hantar dia ke airport, dia nak pergi Jakarta sampai hari Jumaat. Kalau ke Jakarta tu memang main Golf semata.

Tuesday, December 3, 2013

DipnDip lagi


Khamis lepas mengedate ngan school classmate.
Nama dia pun yati gak
gelaran dia Tee B.
Nak bezakan dgn ai yg Tee K.
Kecik dan Besar hahahaha comelkan :p

Dia nak mkn DipnDip katanya.
Tak pernah try lagi.
Ai pun ape lagi,
laju2 cakap okay hihi

Suka sbb dah ada kat The Curve,
xyah dah nak gi jauh dan sesak tu kat Bangsar.



Sampai dlm kul 5petang,
ramai gak org dlm kedai,
nasib ada lagi satu table kosong.
Kalau tak kena la tunggu huhu.

Hmm order pun lom lagi,
tapi dah bergambar beria :p
Aliah with auntie TeeB.



Zara tgh makan fries
ai suh bergambar,
Dah penuh mulut tak sempat nak telan,
kejam mummy ko kan :p



Dip Crispies Aliah punya.
Nak order lain plak,
tapi dia nak marshmallows.



Brownies Crepe tuk ai.



dan Banana Wrap kawan ai punya.



Ariq takde dlm gambar ni
sbb dia tgh tido.



Lama sket baru dia bangun,
tapi mood dia tak berapa baik.
Celik2 mata nampak ada org lain.
Jadinya jenuh ai nak ok kan dia huhu

Still malu2 tapi mahu haha
Pandang je cekelat depan tu kan.



Suka tissue holder ni,
mcm nak rembat je :p



Bergambar sblom balik.
Sblom nak bergambar ni pun,
anak2 ai dah berlari sana sini,
jenuh panggil balik.



Monday, December 2, 2013

Buckle Up


Akhirnya berjaya gak 2-2 dok diam dlm kete.
Selalunya paling susah nak dok diam si Aliah tu.
Org jenis hyper ni kan,
mana nak duduk dlm car seat stroller bagai.
Kecuali nak tido ha baru la naik.

Yang akak dia Zara xperlu risau sgt.
Dia ni mmg dgr kata sket,
pastu very the lady like.
So behave la dr adik dia tu haha

Baru2 ni Zara berjaya suh Aliah
pakaikan seat belt dok dlm kete.
Kalau ai suh,
sampai panah petir pun xdenya huhuhu.
Seat belt tu dorang sendiri pakai.
Cam Aliah, Zara yg pakaikan la.



Good job akak,
kamu mmg menyenangkan keje Mummy ;)

Sunday, December 1, 2013

Ke Midvalley semalam


Keluar pas Asar.
Itu pun jem hala nak ke MidValley,
banyak giler kete.
Masing2 dah bergajikan
nak plak skang tgh Christmas Sale,
harusla ramai org bershopping bagai.

Giler ramai manusia kat MV.
Sesak dan naik rimas plak ai.
Kami singgah makan kat Big Apple.
Zara nak makan oreo donut katanya.

Ha amik Daddy beli 4 ketul terus.
2 ketul lagi donut nestum feveretku hihi



Suka la dia dapat makan ape yg dia nak.
Ngan comot2 mulut ko nak.



Aliah ni ape akak dia makan,
dia pun nak.
Dia jenis senang makan,
bagi ape je semua telan :)



Zaf kata dia nak gi tgk stall kat tgh2 tu.
Katanya ada nampak kuih muih.
Bawak balik rojak buah.
Sedap kuahnya, pedas2 manis.



Pastu dia beli putu piring.
Feveret dia.
Ha ko tau Anna,
aku citer kat dia dlm kete
yg ko kata putu bambu sedap tukan.
Terus cari putu hahahaha



Nasib putunya memang sedap.
Cuma dia lembut sgt,
pegang rapuh.
Tercuit2 makan haha

Jalan2 kejap pusing2 MV,
pastu balik.
Tak dan nak shopping sbb dah rimas huhu

Balik dari MV,
singgah Taman Tun beli nasi lemak singgit.
Dinner ni je :)
Sorang 2 bungkus haha