Sunday, July 21, 2013

Koleksi Orkid Poh Kong


Poh Kong hantar katalog Raya.
Sblom tu dah dapat email.
Kemain lagikan,
suh beli la tu.



Tahun ni Poh Kong keluarkan koleksi Orkid.
Mataku tertarik pada gelang yg kt tgh tu.



2 cincin yg unik designnya.
Ada mcm akar plak berselirat kat situkan.
Lain dari lain.



Oh jatuh cinta pada rantai leher blah kanan tu.
Cantiknya lah.



Koleksi Manja tuk anak2 pun ada jugak.
Ai pun suka sbb designnya simple.
Ni rasanya kalau beli tuk mummy dia pun ok jugak.
Macam nak gelang dia hehehe



Dah beritahu Zaf mana yg berkenan.
Byk benar berkenannya tu kan.
Dia kata bole,
trade-in mana emas yg ai xpakai.
Okay set!!

p/s: EnZaf, duit raya tak potongkan haha

Wednesday, July 17, 2013

Dia Tetap Ayah


Drama baru sempena bulan Ramadhan.
Dia Tetap Ayah kat Astro Prima/Astro Maya (HD),
Isnin-Khamis pukul 5-5:30 petang.
Tapi ai tgk waktu sahur kul 5 pagi hehe.
Petang tak dan la nak tengokkan.



Sinopsis:
Mengisahkan Helmi yang berkahwin tiga iaitu Maisarah,Faridah dan Alisha. Helmi kemudiannya menceraikan Maisarah kerana dia tidak rela dimadukan. Anak-anak Maisarah iaitu Raimi,Ramli,Mira dan Sarah telah diabaikan hingga mereka dewasa. Setelah kematian Faridah dan Alisha,Helmi di hantar ke rumah orang-orang tua. Anak-anak Helmi yang mendapat khabar tersebut telah mengambil Helmi pulang dan tinggal bersama mereka. Namun, mereka mula menyedari masih ada dendam di hati mereka atas perbuatan Helmi terhadap mereka dahulu.

Pelakon: Namron, Sherry Ibrahim, Aizat Hassan,Ana Dahlia.Yuswaisar,Zalfie Raol.


Best okeh citer dia.
Suka Namron (Helmi) ni berlakon,
menjadi betul watak dia.
Selalu drama mesti citer ibu2,
kalini bawak watak ayah.
Rasa nak sekeh je dia hahaha

Sherry Ibrahim pun ada
watak cam Effa lemah lembut :)

Tuesday, July 16, 2013

Masih ada rezeki Ariq


Alhamdulillah hari ke-7 kita berpuasa harinikan.
Tup tup seminggu dah.
Dan diriku masih berpuasa penuh.
Risau gak puasa ni susu merundumkan.
Cuma bila puasa ni,
badan 2x penat, haus jgn ckp la.
Lapar memang dah tentu,
Subuh perut dah berbunyi boleh,
padahal baru je sahur huhu.
Slalu pagi2 mesti mcm lemau sgt.
Pastu nak tghari baru ada energy.
Nanti petang lemah balik :)

Takat ni jugak sahur buka mmg masak.
Kecuali weekend lepas tu la,
balik umah mak n man mertua.

Moga Ramadhan kalini diriku dapat
berpuasa penuh dan bekalan susu untuk Ariq sentiasa ada.
Amin.

Monday, July 15, 2013

Candy Crush Cilik


Sape main Candy Crush angkat kening hihi
Terkejut ai mlm smlam
tengok Zara main Candy Crush.
ni mesti Zaf yg install kat ipad dia.

Zara mmg suka main game2 mcm ni
selain dari puzzle.
Yang best tu dia pandai plak,
tak perlu nak ajar.
Melainkan ada dia tak paham
baru dia tanya.



Dia dah masuk Level 12.
Sangkut kat ceri n coconut :)

Pastu kat ipad Aliah pun ada gak.
Cam biasa la ape akak dia ada
dia pun nak jugak.
Tapi main kejap je.
Sbb dia jenis yg tak sabar
so kalau tak lepas tu dia mengamuk huhuhu

Si Ariq pun sama nak main gak.
Asal nampak ai main Candy Crush ni
dia pun sibuk nak swipe2.
Macam paham je hehehe



Ai stuck kat Level 256.
Giler susah, tak lepas2 sampai sudah.
Menyampah huhu

Saturday, July 13, 2013

Tutup dapur


Yey hari minggu ni dapur tutup
dan tak perlu masak tuk berbuka.
Bole gantung senduk dan kuali hehe.
Harini berbuka umah mak.
Esok plak berbuka kat umah mertua.
Sahur kita tapau je la dr umah mak
haha tak senonoh okeh.

*pic from google.com

Alhamdulillah ai dah habis baca surah An Nisaa,
tadi subuh dah start surah Al Ma'idah.
Harap sgt dapat khatam kalini.
Ariq adalah peneman setia tiap kali baca AlQuran
kecuali waktu Subuh.
Syukur dipermudahkan sbb Ariq xkacau.

Harini hari ke4 kita berpuasa.
Cepat betul masa kan.
Happy weekend everyone!