Lama rasanya tak pergi wedding. Sebelum ini ada wedding sepupu ai tapi tak dapat pergi sebab clash dengan aktiviti anak yang memang tak boleh nak dielakkan. Kali ini alhamdulillah dapat memenuhi jemputan perkahwinan cuma yang berbeza sepupu enZaf. Kami masih ada sepupu yang masih bujang 😁. Wedding ini agak jauh sedikit di negeri Perak. Lama tak pergi Teluk Intan, panas lit lit kat sana. Kali terakhir pergi tahun 2016 [link], ha sepuloh tahun dah tu.
Bertolak sedikit lambat sebab Ariq ada tournament paginya. Masa sampai kat kenduri ini kami baru saja lepas makan di highway PLUS, perut masih kenyang lagi. Disebabkan kenyang jadi ambil makanan yang ringan. Mujurlah ada lagi. Oh! Ariq sorang yang makan nasi, lapar lagi katanya. Orang baru lepas bersukan ⚽🤭
Suka dengan door giftnya. Dalam tu ada beras, rempah ratus dan tisu. Buah oren tu bapak mertua bagi, katanya bawak balik semua. Lebih enam biji dia bagi tapi letak kat gambar dua biji saja sudah hehehe.. malu kat keluarga pengantin tapi itulah, takkan kata tak nak pula kat mertua. Kami tak bergambar pun dengan pengantin, enZaf pun tak kisah jadinya ai ikutkan sajalah. Selamat Pengantin Baru Alia dan suami!, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah 💖.
Berdekatan dengan dewan ini ada sungai, sempatlah kami singgah jalan-jalan kawasan itu sekejap di Jeti Teluk Anson. Tak lama pun sebab cuaca panas sangat. Kejap pun berjurai dah haha..
Sebelum kami bertolak balik kami singgah di Menara Condong. Dekat juga dengan dewan majlis tadi. Dah alang-alangkan kat situ, walaupun panas terik 🌞 gagah juga lah berhenti nak bergambar. Minta anak-anak buat gaya sama macam bergambar dulu, kali ini ada Qaireen 😍
Nampak Bingxue di kawasan berdekatan menara, laju saja enZaf ajak ke sana. Dia belikan anak-anak aiskrim. Lepas tu kami mencari kopi pula di Zus. Kat Zus sini, masih ada lagi Zus Buddy Collection. Kalau kat KL/ Selangor, laju je habis tak menyempat masing-masingnya pun hahaha..

No comments:
Post a Comment