Friday, August 14, 2026

Cerita Minggu Ke Dua Ogos

Ai buat permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD). Ni pun gara-gara baca kat X orang dok cerita pasal WTD. Kita pun bukalah laman sesawang eGumis. Tak sangka ada duit rupanya. Apa lagi lajulah buat. Dah submit kita akan dapat emel makluman permohonan. Jadinya tunggu sajalah duit tu masuk 🤑.



Lewat petang tiba-tiba terima satu SMS, menyatakan akak Zahra terpilih sebagai Pelatih PLKN 3.0 🪖. Terus ai forward mesej tu kepada akak Zahra. Terkejut dia tiba-tibakan. Katanya kenapa lambat. Kalau dapat awal sebelum masuk belajar tentu dia pergi. Oh ya! akak Zahra suka program macam ini. Ai beritahu dia kita buat minggu depan, selesaikan exam dia dulu. Boleh minta penangguhan dengan melalui sistem PLKN.





Dua hari lagi ada undangan majlis perkahwinan sepupu enZaf, barulah kami nak membeli hadiah perkahwinan huhu.. Kami terus ke Parkson Elite, One Utama. Kalau nak cari hadiah berupa pinggan mangkuk, periuk atau pun barang dapur ai memang suka ke sana. Lagi pun tak ramai orang, aman saja nak memilih dan membayar. Sementara menunggu wrap hadiah, enZaf beli lagi Pretzel Friends untuk ai hahaha.. tapi masih tak dapat secret, dapat Cheese Nugget. Terus gantung kat beg 😍.





Yang ini cerita esoknya, ambil Qaireen balik sekolah. Singgah Uncle Jack, Ariq request nak makan ayam. Dah alang-alang di sana, minum petang terus di Mercato Cafe. Qaireen nak makan roti dan sushi. enZaf nak beli Bihun Siam tapi habis pula. Dia ambil Nasi Lemak Ayam Rendang. Rasanya biasa saja. Ai suka lagi Bihun Siam.





Lepas Maghrib, ai dan enZaf keluar untuk ambil akak Zahra. Sebabnya nak bawa dia sekali pergi wedding hujung minggu. Tapi tak ambil dia kat kolej ya, ambil kat IOI Mall. Tengok tu, baru jadi warga UPM dah laju ke shopping mall. Mentang-mentang lah baru habis Test 1, Semester 1. Sempat dorang ni merayap sana sini, berkaraoke lagi. Pitam Daddy dia dengar. Hantar kawannya ke stesen MRT 🚝, nak balik rumah juga. Kalau jalan satu hala kami hantarkan terus ke rumah, tapi berlawanan arah. Mujur kawannya dah biasa naik MRT. Akak Zahra belum pandai lagi 😅 Dia lagi suka Daddynya yang hantar dan ambil huhu..



No comments: