Thursday, November 27, 2025

DIY Chef Costume Version 2.0

Bila sekolah ada buat Hari Kanak-kanak pasti ada tema untuk hari tersebut. Tahun ini temanya adalah kerjaya. Memang tema ini selalu pun ada di mana-mana sekolah pun kan. Kebiasaanya ai kalau melibatkan tema-tema ini suka menggunakan apa yang ada sahaja. Ai ni bukan sejenis mak-mak yang all out sanggup keluarkan belanja untuk menjayakan tema. Walau bagaimanapun ai tetap kagum dengan mak-mak yang macam ini. Suka tengok kreatifnya mereka dengan segala tenaga dan usaha mereka lakukan. Tabik spring!! ðŸŦĄðŸ‘ Masa memikirkan pakaian apa untuk Qaireen ini, terus ai teringat semula masa zaman Aliah [link]. Yang Aliah version 1.0, buat d.i.y sebab last minutes. Untuk Qaireen buat d.i.y juga cuma kali ini tak berapa last minutes hehehe...

Qaireen setuju nak pakai ala chef. Ai search saja gambar yang sesuai buat d.i.y. Kali ini Aliah ada membantu eh.. bantu ke kena paksa 😅. Nasib baiklah dia memang suka juga buat kerja-kerja macam ini. Dia lah yang tolong buatkan baju untuk Qaireen. Thank you Aliah... Senang kerja Mummy hehehe.. Baju ini pun lagi dua hari nak pakai baru Aliah siapkan. Tak sangka hasilnya mengkagumkan. Kagum bagi ai untuk orang lain kita tak kisah lah 😜ðŸĪ­



Ai tambahkan sikit dengan riben 🎀. Itu pun pakai tali rafia saja. Nampaklah ceria sikitkan baju tu. Pairkan dengan seluar jeans. Nak pakaikan seluar hitam tak ada, seluar tracksuit macam tak berapa cantik. Ha gasak pakai jeans terus. ðŸ‘Đ‍ðŸģ👖😍



Lepas hantar Qaireen kami ke kedai makan Kerisik. Terasa nak makan Laksa Johor tapi dah habis huhuhu... Ariq tak nak makan sebab dia baru lepas makan nasi di rumah.



Masa nak ambil Qaireen balik sekolah, cuaca hujan pula. Kalau hujan memang enZaf lah yang mengambil, ai tunggu dalam kereta saja hehehe.. Lembik dah topi chef Qaireen. Pakai kertas kena hujan pula, memang melendutlah jadinya hahaha..



Inilah rupa baju selepas habis sekolah. Riben tercabut, lukisan yang Aliah lukis tu pun dah koyak sana sini hahaha.. apa pun Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah Qaireen. Yang penting dia happy dan suka dengan apa yang dia pakai. Padahal tak tahu dah besar nak jadi apa kan hahaha..



Oh ya! enZaf siap bagi upah untuk Aliah siapkan baju Qaireen. Katanya kerja dia kena hargai.

Friday, November 14, 2025

Result PBD Tahun 1

Datang sekolah Qaireen untuk Hari Terbuka Dialog Prestasi Akademik 2025. Agak nervous juga sebenarnya, sebab ini merupakan kali pertama untuk lihat keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) dia 📊📈. Dalam kepala otak ini, okay ke tidak. Adalah beberapa soalan yang ai nak tanya pada cikgu kelasnya. Macam tak biasa pula kan ðŸĪ”, padahal dah ada tiga orang anak mengadap perkara ini hahaha.. mungkin anak bongsu agaknya kan.. perasaan itu lain ðŸŦĢ

Untuk Tahap 1, perjumpaan dengan cikgu kelas di adakan di dewan. Sebab perjumpaan ini dibuat pada satu sesi sahaja iaitu waktu pagi. Ai pun plan tidak sampai awal sangat, dalam pukul 9 setengah pagi baru masuk ke dalam sekolah. Sampai saja di dewan, terus ke barisan kelasnya. Alhamdulillah tidak berapa ramai, ada lagi dua parents menunggu giliran.



Sempatlah ajak Qaireen selfie sementara menunggu. Daddy sampai lambat sikit, dia tengah mencari parking.





Elok saja giliran kami, sampai enZaf. Terus mengadap cikgu kelasnya 😊. Banyak juga soalan ai tanya kepada cikgu. Alhamdulillah Qaireen tiada buat masalah sepanjang sesi persekolahan. Cikgu beritahu dia pun senyap sedikit di dalam kelas. Eh! eh! kat rumah cikgu tak tahu dia paling bising sekali hahaha.. Oh ya! lagi satu cikgu kata speakingnya bagus. Samalah macam kakak-kakak dan abangnya juga. Anak-anak ini memang English lagi baik dari Bahasa Melayu. Cakap Bahasa Melayu pun bunyi pelat huhuhu... padahal Mummy dia makan sambal belacan dan tempoyak ðŸĪĢ. Banyak sangat tengok Youtube gitu lah kan.



Selesai saja di sekolah kami terus ke kedai makan. Perut dah lapar sangat. Dah sampai rumah barulah ai teringat tak ambil gambar dengan Qaireen di sekolah. Jadi paksalah enZaf ambilkan gambar kami berdua sebelum masuk rumah hehehe...



Beg ai bawa tu dari pemberian sahabat baikku ketika di UUM, Nur. Jauh datang beg itu tau, terbang dari Sarawak. Beg anyaman Sarawak. Cantik sangat beg ini, saiz dan warna tu memang kena sangat dengan ai. Pandai Nur pilih. Terima kasih ya Nur kerana masih mengingatkan diriku ini. Walaupun kita jauh di mata tapi dekat di hati. Tiba-tiba rasa sebak pula. Gambar di bawah adalah pemberian dari cikgu kelas Qaireen. Baik sangat cikgunya pun, ada ole-ole untuk anak muridnya 🛍️. InsyaAllah tahun depan masih cikgu kelas yang sama ðŸĨ°



Kesimpulannya, hasil keputusan PBD Qaireen amatlah membanggakan bagi diri ai. Adalah satu subjek seperti Bahasa Arab dia agak rendah sedikit tapi tak apa. Sekurang-kurangnya selama dia pergi sekolah ini dia faham apa yang diajar oleh cikgu. Sekolah dia tiada buat exam, hanya Tahap Dua sahaja. Ada sekolah lain Tahap Satu pun ada exam juga kan. Setiap sekolah tak sama cara pembelajaran dan pengajaran. Bergantung kepada Guru Besar. Walau macammana pun kita tak boleh biarkan anak leka sangat. Ada masa belajar dan ada masa bermainkan. Cabaran untuk besarkan Gen Alpha ini 🙄ðŸĪŠ

Monday, November 3, 2025

Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Ceramah Motivasi

Hari Sabtu pagi 1hb, sekolah akak Zahra ada buat Solat Hajat, bacaan Yasin dan ceramah motivasi untuk Tingkatan 5. Dari sebulan lepas ai eksaited nak pergi solat hajat ini, tup tup pada hari kejadian "cuti" pula. Tak dapat nak bersama akak Zahra huhuhu.. Qaireen pula tak berapa sihat, dia demam. Jadi enZaf cakap, takut bawa virus pula kat anak-anak SPM nanti. Dah la tengah musim Influenza. Dua gambar di bawah ini ai ambil dalam Whatsapp group. Simpan sebagai kenangan ðŸĨ°.





Kami sampai sekolah, ceramah motivasi belum habis lagi. Masa menunggu akak Zahra tiba-tiba muncul dia dengan membawa sedikit makanan dari Dewan Makan. Selesai saja semua, kami parents boleh bawa anak outing. Akak Zahra laju ajak Daddynya pergi Popular. Nak membeli stationary katanya.



Alang-alang dah keluar bawa dia ke The Curve, kami terus bawa dia balik ke rumah sekejap. Boleh la dia melepaskan rindu kat katil setelah sekian lama terperap je kat sekolah hehehe.. Di Popular ingat dia nak beli sikit saja, tahu-tahu penuh kat tangan dah hahaha.. Padahal dua minggu sebelum dah beli sikit untuk dia. Memang berhantu kalau masuk bahagian stationary ni kan, dari nak beli satu jadi banyak. Mujur tak ambil bakul tu 😂.



Oh ya! baju kurung dia pakai tu pinjam dengan junior. Dia tak ada baju kurung warna biru ðŸŦĒ. Petang sikit baru kami hantar dia semula. Wajiblah ambil gambar dia sebelum masuk aspuri. All the best kakak. Semoga dapat menjawab soalan dengan cemerlang, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya sepanjang SPM ini. InsyaAllah ðŸĪē📝.





Terima kasih anakku Aliah ambilkan gambar ini. Dia snap dari dalam kereta saja, malas nak keluar la tu hihi..