Monday, August 12, 2024

WAGGGS daerah Petaling Utama

Tahun ini Aliah bersama tiga orang kawannya dapat menyertai Bengkel Lencana WAGGGS Free Being Me dan Surf Smart Selangor peringkat Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Antarabangsa Premfield Kota Damansara. Dekat saja dengan rumah 👍 Tak lama sangat bengkelnya, setengah hari sahaja. Gambar-gambar yang ada ini dari Aliah.















Ai tak tahu lencana apa tapi lencana ini dapat sebab kumpulannya menang presentation terbaik. Tak pasti betul ke tak, nak tanya dia semula dia dah tidur. Buat blog entry ini pun dah pukul satu pagi lebih hihihi..



Gambar-gambar di bawah ini di ambil dari Facebook Pandu Puteri Cawangan Selangor.





Tahniah Aliah dan kawan-kawannya!! Aliah ni dia tak berapa aktif sangat dengan koko Badan Beruniform. Bila dia dapat peluang ini, seronok juga katanya. Apa pun bergantung pada cikgu jugakan, kalau dapat cikgu yang aktif maka aktif la koko tu. Macam Ariq, cikgu pengakapnya sangat aktif jadi macam-macam benda buat. Bila dah aktif, dalam Whatsapp pun dah macam-macam group ada 😵‍💫😂 Tapi ai suka anak sibuk dengan aktiviti macam ini.

No comments: