Thursday, February 17, 2022

Kembali ke Eco Ardence setelah PKP


Entry ini adalah kesinambungan dari entry sebelum ini [link]. Ianya kejadian selepas kami makan Cinnamon Rolls di Artisan Bakery. Selesai sahaja makan petang di situ kami ke Eco Ardence, Setia Alam. Seperti biasa setiap kali kalau enZaf ada bermain bola di Eco Ardence mesti dia akan bawa kami sekali. Ai dan anak-anak pun suka pergi sana sebab di situ boleh beriadah, makan dan bersantai selain dari melihat enZaf bermain bola. Sementara menunggu enZaf habis bolanya, ai bawa anak-anak berjalan-jalan sekeliling kawasan Eco Ardence. Ini pun dah lama tak enZaf tak main bola sejak dari sekatan sesetengah permainankan ketika PKPkan. Bila dah ada kelonggaran ini, lajulah semuanya nak mulakan semula aktiviti masing-masing.











Selepas waktu Maghrib barulah ai bawa anak-anak ke padang bola. Penat sudah berjalan ke sana sini melayan anak-anak nak itu ini yang tiada kesudahan tu hehehe.. masa untuk berehat pula sambil mencuci mata melihat orang main bola :p



Ariq tiba-tiba datang bagi bunga. Lama dah Mummy tak dapat bunga dari Ariq. Bila dapat tu berbunga hati Mummy :) Thank you Abang Ariq!



Qaireen pun nak bunga juga, selitkan satu kat telinga dia yang comel itu. Susah betul nak ambil gambar dia yang tak tahu duduk diam, bergerak ke sana sini huhu..



No comments: