Wednesday, December 29, 2021

Ke JPO dan Banafe


Kalau ke Johor Bahru, haruslah pergi ke JPO (Johor Premium Outlets). Sejak awal pembukaan JPO lagi kami sudah ke sini sehinggalah sekarang JPO sudah semakin berkembang. Bangunan pun dah bertambah dan pelbagai jenama masuk satu persatu. Ramai orang Malaysia dan Singapore suka shopping di sini :) Kami ke sini pun bukan nak membeli apa, saja je cuci mata. Sampai di JPO, kami lepak minum dan alas perut sedikit.



Makan di Coffee Beans, di sini tiada meja panjang. Jadinya semua kena duduk berasingan. Ai pun feeling sekejap lah dating dengan enZaf. Padahal sebelah kanan ai, ada akak Zahra dan Aliah.



Sebelah kiri pula, ada Ariq dan Qaireen hihihi.. Qaireen tu sekejap je dia duduk situ, lepas tu dia merayap ke sana sini. Sekejap ke meja kakak-kakaknya. Sekejap pula datang ke Mummy dan Daddy :)



Bila dah ke sana sini tu, Qaireen nampak Gingerbread Man Cookies. Cakap dengan Daddy nak cookies tu :)



Selesai makan dan minum, kami sambung perjalanan jalan-jalan cuci mata ;) Tengah berjalan tu, tiba-tiba ada orang tegur ai. Rupa-rupanya kawan sama belajar di UUM. Nama panggilannya Pang. MasyaAllah tak sangka dalam banyak-banyak tempat, kat sini dan jauh di Johor jugalah kami berjumpa. Hampir 19 tahun tak jumpa, berhubung pun hanya melalui Facebook sahaja.



Agak lama juga berborak dengan dia. Sebenarnya anak dia satu sekolah dengan akak Zahra di Semashur. Anaknya senior lah di Tingkatan 3. Tapi kami tak pernah pun berjumpa di sekolah. Lagi pun masa dan waktu penghantaran dan pengambilan anak-anak tak sama itu yang sampai ke sudah kami tak berjumpa-jumpa. Terima kasih enZaf ambilkan gambar kami berdua. Kamera handphone dia cantik sikit bila ambil dalam keadaan gelap hehe..



Sebelum keluar dari JPO, enZaf bawa anak-anak masuk kedai coklat. Masing-masing laju je pilih coklat kegemaran.



Seterusnya kami sambung perjalanan untuk makan malam di Banafe Village pula. Boleh tahan ramai juga orang, mujur tak tunggu lama sangat.



Kalau ke sini ai suka makan Nasi Ayam Penyet. Sambalnya terbaik! Aliah makan Chicken Chop manakala akak Zahra dan Qaireen makan Cheese Naan. Ariq seorang je makan dessert, dia order Pancake.



Alhamdulillah, kesemuanya kekenyangan. Banyak berjalan ke sana sini dalam JPO. Sampai bilik hotel, ai terus bersihkan diri dan meluruskan tulang. Anak-anak pula masih hyper lagi. Tak sedar pukul berapa dorang semua tidur sebab Mummynya dah tidur dulu hahaha..

No comments: