Saturday, December 18, 2021

Hujan Berterusan


Ya Allah sudah hampir dua hari hujan tanpa henti ni di kawasan rumah ai. Sebelum ni pun hujan juga tapi on off. Kali ini memang tak berhenti langsung. Baru je tengok kat luar tadi hujan semakin reda, tup tup dengar bunyi guruh. Hujan pun turun makin lebat semula. Semalam malam ramai dah kawan-kawan update kawasan perumahan mereka naik air. Ada air dah masuk dalam rumah lagi. Pukul 3 pagi kelam kabut alihkan barang sana sini. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Sepupu ai pula, Mira baru pagi ini dia sampai rumah dalam pukul 10 pagi gitu. Balik dari office semalam sangkut atas jalan disebabkan banjir kilat. Pukul 3 pagi ai message dia tanya khabarnya. Bayangkan sangkut atas jalan tak boleh bergerak dari semalam sampai ke pagi ini, mujurlah tak ada anak lagi huhu.. Tak boleh tidur ai, susah hati dan risau. Alhamdulillah akhirnya dia dapat juga sampai rumah dan lega rumah pun tak banjir.

Lebih mengayat hati bila kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang membabitkan 3 kereta dan sebuah lori di Lebuhraya Elite hala Shah Alam. Antara maut seorang ibu & 8 anaknya. Ya Allah besarnya ujian ini. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kita pun dah keluarkan amaran mengenai hujan berterusan ini. Siaran media boleh rujuk pada pautan ini [link]

Yang ini pula ramalan cuaca pada hari ini 18/12/2021 [link]. Berkemungkinan besar hujan satu hari ini. Pada yang ingin keluar, boleh lah tangguh dulu perjalanan. Kalau terpaksa keluar pun hati-hati ya, sentiasa rujuk pada mana-mana media untuk dapatkan maklumat. Boleh elak melalui kawasan yang berisiko tinggi. Berhati-hati ketika memandu.

No comments: