Thursday, November 11, 2021

Persekolahan Sesi Ke dua Tahun 2021


Pejam celik hari ini dah masuk hari Khamis. Cepat betul masa berlalu. Minggu ini juga merupakan minggu Aliah dan Ariq pergi ke sekolah belajar secara bersemuka. Minggu depan PdPR pula. Jenuh lah nak mengingatkan anak-anak pergi dan tak pergi sekolahkan. Itu pun sekejap saja dorang ke sekolah sampai minggu ke dua bulan Disember. Seperti biasa setiap kali anak-anak pergi ke sekolah, ai semestinya mengambil gambar anak-anak pada hari pertama persekolahan dibuka :)



Sambil itu ai pun ambil peluang makan berdua dengan enZaf selepas hantar Aliah. Breakfast dating gitu, jadilah walaupun sekejap sahaja. Lama tak makan berdua.



Akak Zahra belum balik asrama lagi. Ikutkan minggu ni dah ada di asrama tapi dua minggu lepas, pihak PIBG meminta permohonan untuk menangguhkan kemasukan anak-anak selepas cuti perayaan Deepavali. Alhamdulillah pihak sekolah meluluskan. Jadinya minggu ini kemasukan untuk Tingkatan 3 dan 4, manakala minggu depan kemasukan Tingkatan 1 dan 2 pula.



Waktu tengahari hantar Ariq pula ke sekolah dan ambil Aliah pulang. Alhamdulillah setakat ini anak-anak tiada merungut tak nak pergi ke sekolah ke tidak. Mereka seronok agaknya dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu. Aliah pun senang bangun dan bersiap. Risau juga sebab sejak duduk rumah lama ini, waktu tidur anak-anak dah tak menentu. Yang penting minggu ini kerja sekolah berkurangan sebabnya semua sudah disiapkan di dalam kelas hehehe.. Kurang lah sikit Mummynya menjadi naga :p Tunggu minggu depan jadi naga semula haha..

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

selamat bersekolah semua ank - ank
mek naik sekolah minggu depan terus mpkafa
tepok dahi


btw
kakak zahra sekolah mana ye?

Nurhayati said...

zahra sekolah sains hulu selangor (semashur). Dalam selangor saja :) Tahniah tau buat abg long dpt masuk asrama juga, semoga terus berjaya dunia dan akhirat.