Friday, November 5, 2021

Berbasikal Semula


Awal bulan Oktober, kami menyambung kembali aktiviti berbasikal semula. Rasa lama tak keluarkan peluh. Eh macam banyak sangat je peluh tu kan, tapi jadi lah dari tak buat apa langsungkan. Dalam pukul 4 petang kami sampai ke Tasik Titiwangsa. Ingatkan tak ada orang, tapi boleh tahan ramai juga. Ramai beriadah dengan berpiknik tepi tasik :)



Masa bergambar ini, tengah menunggu Ariq dan Daddynya pergi isi angin pada tayar basikal Ariq. Lama sangat tak naik basikal sampai kempis tayarnya hehe.. sambil-sambil tu ambil gambar kat signage Taman Tasik Titiwangsa ini. Akak Zahra je tak nak join bergambar. Lepas selesai isi angin tayar basikal Ariq, kami pun sambung mengayuh kat taman ni.







Tak banyak gambar ai ambil masa berbasikal ni, gambar-gambar kat bawah ini pun semua dari handphone enZaf. Nampak muka siapa yang paling gembira sekali hehe.. dah semestinya Qaireen. Dia memang suka berbasikal ni, dia akan menyanyi sepanjang berbasikal. Paling tak penatkan :p



Anak-anak yang lain pun enjoy juga. Setakat ini tak pernah la nak membantah bila Daddy dorang ni ajak berbasikal. Duduk rumah saja pun kesian jugakan. Bagilah peluh sejam dua.



Zaman sekarang ini, nak bagi anak buat aktiviti kita pun kena ada sama juga. Tak macam kita dulukan. Keluar main petang pergi saja mana yang kita nak. Mak dan Abah pun tak risau apa, walaupun pada masa tu kita tak ada handphone. Sekarang ni, tak nampak depan mata pun ai dah runsing huhu.. itu ai lah. Orang lain mungkin berbeza.



Tengah cycling tu, tiba-tiba ai ternampak tayar basikal Ariq pancit lagi. Pancit kali ke dua dah ni, mesti tayarnya bocor. Terus Daddynya bawa Ariq pergi ke tempat sewa basikal. Di situ ada perkhidmatan isi angin dan juga tampal tayar bocor.



Kesian Ariq kena tolak basikalnya. Nak ke pintu keluar taman ini agak jauh juga masa ni. Yang lain tak ikut, enZaf suruh ai kayuh je basikal pusing-pusing bawa anak-anak yang lain sementara menunggu dorang berdua settle.



Boleh tahan lama juga ai menunggu enZaf selesai. Sampai ajak anak-anak duduk tepi tasik kejap, melayan tengok ikan dan turtles hehe.. terlupa pula kami nak bawa roti. Kalau tak setiap kali kalau ke sini mesti singgah berhenti bagi ikan dan turtles makan. Akhirnya Ariq dan Daddynya pun sampai, ai tengok Ariq bawa basikal lain.





enZaf kata dia sewa terus basikal untuk Ariq. Basikalnya tinggal untuk tampal tayar bocor. Suka Ariq dengan basikal sewa tu. Basikal itu pun saiznya besar sedikit dari dia punya. Terus minta Daddy dia belikan basikal baru nak besar macam itu juga. Daddy dia pun laju jawab kalau ada duit kita beli hahaha..



Sempat bergambar lagi sebelum balik.



Kali ini sekejap sahaja berbasikal. Masa banyak terbuang disebabkan tayar basikal Ariq bocor. Dua kali Daddy dia bawa isi angin. Nak ikutkan boleh saja tambah masa lagi tapi bila hari makin petang, makin bertambah ramai orang masuk dalam taman ni. Kami nak elak dari orang ramai itu yang balik terus. Apa pun kami semua tetap seronok :)

No comments: