Thursday, November 18, 2021

Makan Petang di Kenny Hills Bakers


Ini merupakan kali ke-3 kami makan di Kenny Hills. Kali pertama ai tak masukkan lagi dalam blog hehe.. manakala kali ke-2 kami datang tapi tak jadi makan disitu disebabkan ramai orang. Masa datang tu pun pada hari minggu. Sudah pasti kedai full house dan orang yang menunggu pun beratur panjang :)



Kali ke-3 ini pun sebenarnya penuh juga tapi enZaf nak juga tunggu. Yang ini kami datang pada hari biasa. Dia malas nak pergi ke tempat lain dah. Ai pun okay saja nak menunggu lagi pun tiada hal lain nak dibuat pun. Ambil gambar dua beranak ini sebabnya dorang pakai baju warna sama hihi..



Ai nak order Peach Strudel tapi dah habis pula. Sedihnya la. Dah la nak datang makan kat sini sebab nak Peach Strudel tu huhuhu.. Jadinya order sajalah apa yang ada.



Sebenarnya desserts kat sini semuanya manis-manis bagi ai. Sedap tu memang sedap tapi untuk ai manis dia sampai tahap tak boleh nak makan banyak. Bagi orang lain mungkin okay la kot. Akak Zahra seorang je makan lain. Dia nak makan Scrambled Eggs with Toasted Bread.



Waktu lunch dia tak nak makan sebab dah makan lambat, brunch. Bila dah petang baru dia rasa lapar dah. Salad tu Mummy dia tolong makankan hehe.. Wajiblah ambil gambar tukang bawa, tukang order dan tukang bayarkan ni.



Dia kalau kerja habis awal, tiada meeting, tiada main golf atau apa-apa sahajalah waktu petang, bila free mesti ajak keluar minum. Kadang-kadang tu ada je hari yang ai rasa malas nak keluar tapi paksa diri gagah bersiap keluar juga. Ikutlah dia ajak ke mana pun, anak-anak pun ku heret juga. Jangan sampai dia ajak orang lain pula kan :p Setakat ini kami datang ke sini untuk makan petang. Selain dari desserts dan pastry, ada pelbagai menu juga di sini antaranya pasta, pizza dan nasi. Lain kali boleh lah cuba makan makanan lain pula.



Malamnya ada taklimat berkenaan Pendaftaran dan Ujian Kendiri Covid-19 untuk Ibu Bapa Tingkatan 1 dan 2. Ai dan enZaf join taklimat sambil tengok bola JDT lawan Kedah. Yeay, JDT menang!!! :) InsyaAllah Ahad ini kami hantar Zahra balik asrama mengikut jadual yang ditetapkan. Masuk lambat, kalau kira-kira balik hanya 3 minggu sahaja lepas tu cuti sekolah. Mudah-mudahan perjalanan dan urusan kami dipermudahkan.

5 comments:

Umi Nazrah said...

sedap nya semua menu makanan tu :D

mummy_ayu said...

dapnye....

Nurhayati said...

makan manis-manis memang sedapkan :)

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
huhuh
sedap menu - menu makan semua
Kenny tu tak ramai orang ke yati?
teringin nk pegi tapi itulah
mcm2 je halangan.

sunyikan bila 1st born xde
balik karang koreklah cerita macam - macam dari diaorg.
rindu sangat dah ni

Nurhayati said...

wsalam Ayu, Kenny tu ramai orang Ayu. Nak pergi wiken ni memang tak galakkan sangat. Tapi tak tahu la cawangan lain. Yang kami pergi ni kat TTDI. InsyaAllah ada rezeki Ayu sampai la nanti :)

Ayu mesti tak sabar nak jumpa abg long juga kan. Balik nanti mesti tak putus2 bercerita macam2 hihi.. Tapi perjalanan korang lagi jauh dari kami. Yati doakan semoga selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan segala urusan ayu sekeluarga.