Wednesday, March 24, 2021

Pokok Baru untuk Tahun Baru


Cerita pada bulan Februari :) enZaf ajak pergi beli pokok. Pokok ai kat dalam rumah ini dah mati huhuhu.. tak pandai jaga pun iya juga. Kena belajar lagi lepas ini. Mungkin tak cukup pencahayaan atau pun terlebih atau terkurang air. Kalau rumah ini ada balkoni mungkin lain ceritanya kan. Apa pun lama juga pokok-pokok sebelum ini hidup. [link] Kat Kota Damansara ni banyak nursery sepanjang jalan nak ke Sg. Buloh, pilih sahaja la mana yang berkenan hihi..



Hanya Qaireen sahaja yang ikut Mummy dan Daddy beli pokok. Yang lain semua nak duduk dalam kereta saja. Lagi pun cuaca tengah hujan rintik-rintik, malas nak angkut semua keluar :)



Lama tak lama juga la dalam nursery ini, ai tak tahu nak beli pokok apa. Pusing banyak kali tengok itu ini tapi tak ambil pun, last last ambil pokok yang sama juga hahaha.. Thank you enZaf!



Baru nampak berseri bila dah ada pokok-pokok. Harap-harap boleh bertahan lama. enZaf beli pokok daun pudina. Katanya nak letak mint dalam air tehnya. Macam-macam la kan.



Oh beli satu kaktus juga untuk Ariq. Masa nak keluar kereta tu dia sempat pesan nak satu pokok kaktus. Bukan main anak bujang ni nak bela pokok juga hihihi..



Tak ada pasu cantik pula untuk kaktus Ariq ni. Ai letak je dalam bekas kaca Ikea macam gitu haha.. Oh! pokok-pokok baru ini kiranya sebagai pembuka tirai bagi tahun 2021. Semoga tangan ai sejuk supaya pokok-pokok ini semua bertahan dengan jayanya hehehe.. Kalau ada tips sudi-sudilah berkongsi dengan ai ya :)

No comments: