Saturday, May 23, 2020

Tarawih Terakhir


InsyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka hari ini adalah hari terakhir bagi bulan Ramadhan. Ya Allah cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru je kita mula berpuasa. Tahu-tahu nak habis dah. Alhamdulillah tahun ni nampak gayanya Zahra, Aliah dan Ariq berpuasa penuh. Tahun lepas Zahra dan Aliah memang puasa penuh dah, tinggal Ariq je dia tinggal satu hari tahun lepas kalau tak silap ai. Duduk rumah ni tak penat agaknya, itu yang Ariq boleh puasa penuh. Sepanjang bulan puasa ni, kita memang sedia maklum banyak berbuka puasa di rumah. Seminggu yang lepas enZaf tetiba ajak ai berbuka puasa dekat luar. Katanya lama sangat kami ni duduk dalam rumah. Keluar jalan ambil angin dan berbuka dalam kereta hahaha.. menarik juga rancangan itu kan. Selain itu, ai pun dapat berehat dari memasak :p

Kami bukan keluar awal pun, keluar dalam pukul 7 malam. Ngam-ngam sampai drive-thru McDonalds. Ingatkan tak ramai la, sekali sampai simpang nak masuk McD tu dah nampak banyak dah kereta queue. Tapi nasib baik la laju servisnya, takde lama sangat menunggu. Lepas dah order dapat makan semua, enZaf terus ke Shell sebelah mcD. Kami parking situ dan berbuka dalam kereta :)



Anak-anak okay je, seronok la dapat makanan kegemaran. Lama kami tak makan fast food. Hari-hari makan nasi je. Sampai muak dah dorang tu. Sebenarnya gambar kat atas tu, kali ke-2 kami berbuka kat dalam kereta. Kali ke-2 tu kelmari hari Khamis hehe lagi sekali makan mcD. Masa tu dapat call dari enZaf, katanya tak payah masak. Makan kat luar lagi. Jadi diriku menurut perintah saja. Lepas semua dah habis makan kami terus balik rumah. Nak kejarkan solat Maghrib. Memang keluar tu semata untuk berbuka sahaja.

Gambar bawah ni pula gambar minggu lepas. Ariq jadi imam untuk solat Isya'. Daddy dia takde sebab berbuka diluar. Solat tarawih lambat sikit tunggu enZaf balik, baru buat sekali.



Ariq yang offer diri sendiri nak jadi imam. Pada mula dia cakap tu ai macam tak percaya. Betul ke apa Mummy dengar. Dua kali dia ulang cakap dia nak jadi imam sebab Daddy takde. Bila dia cakap macam tu, ai pun terus la laju kata okay, suruh anak-anak pergi ambil wudhuk. MasyaAllah masa ambil gambar tu, sejuk perut tetiba hahaha.. Dah besar rupanya anak bujang ni. Ai tengok je dari jauh. Sambil tu boleh dengar bacaan dan tengok tertib solatnya. Awal-awal tu dia baca bukan main laju. Macam keretapi ekspress haha Lepas tegur baru slow sikit. :p Moga berterusan sampai besar ye nak. Nanti boleh jadi imam untuk Mummy pula.

Semalam adalah hari terakhir solat tarawih. Perasaan masa tu bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada. Terima kasih Ya Allah kerana Ramadhan kali ini adalah ramadhan yang menggembirakan buat diriku. Dapat solat tarawih secara berjemaah.



Wajibla ambil gambar sebagai kenangan. Semoga amalan kita diterima Allah dan insyaAllah bertemu lagi pada Ramadhan akan datang. Harini nak masak lontong untuk berbuka malam raya. Anak-anak request nak makan lontong dan ai akan tambah rendang ayam dan kuah kacang. Lemang enZaf beli je macam tahun-tahun sebelum ni.

No comments: