Tuesday, April 28, 2020

Majlis Pertunangan Adikku


Cerita ini sambungan dari entry akak Zahra ke seminar upsr sebelum ini [link]. Ingatkan lepas kami breakfast terus balik rumah. Rupa-rupanya bukan, tengok balik gambar dalam phone, kami ke sekolah anak-anak sebab ada mesyuarat PIBG. 2 atau 3 hari sebelum tu, cikgu kelas akak Zahra ada pesan untuk hadir ke mesyuarat PIBG ini, sebab ada sekali agenda untuk murid-murid Tahun 6. Tak ingat apa pula tapi macam tentatif program tahunan menjelang UPSR.



Selesai mesyuarat di sekolah anak-anak, terus kami bergegas balik ke rumah. Bersiap pergi ke rumah emak untuk majlis pertunangan adik ai Nani pula. Sebelum tu singgah ke Seksyen 7 untuk ai ambil kek. Fuh baru separuh hari dah ke sana sini kami. Macam-macam betul nak dibuat. Sampai rumah emak, tengok semua dah siap elok.



Pada asalnya, bulan Februari ni dua adik ai nak bertunang. Lagi sorang ialah Yusreena. Tapi ditangguhkan sebabnya boyfriend dia sedang berkursus di Bank Simpanan Nasional selama 3 bulan. Kalau pendapat ai boleh je kalau nak teruskan pertunangan tu, tapi adik ai kata boyfriend dia nak datang masa hari tunang. Itu yang ditangguhkan, ikutla mana yang dorang nakkan.

Jadinya hanya Nani saja la yang teruskan majlis pertunangan. Plan Nani, majlis ni dia nak buat sehabis ringkas. Tiada jemputan orang luar. Hanya kami anak beranak aje. Ape ntah lagi pelamin bagai. Kata dia nak berjimat untuk majlis perkahwinan nanti. Tapi mak kami tak setuju. Almaklumlah lama tak buat majlis sejak adik ai Hana kahwin. Tak salah sudah 10 tahun tiada majlis perkahwinan mahupun pertunangan dalam keluarga kami. Tentu lah mak ai teruja nak buat majlis ni. Dia kata sekurang-kurangnya jemput saudara mara yang terdekat. Lagi satu mak nak ada pelamin. Dia sampai cari pelamin kat IG untuk majlis anak dia ni. Nampak tak keterujaan dia. Kami adik beradik pun tak sampai hati kata taknak. Demi memenuhi permintaan mak, Nani dapat berurusan dengan orang pelamin yang kebetulan murah dan dekat dengan rumah. Tiada caj kos penghantaran. Alhamdulillah rezeki dia. :)

Susahnya nak ambil gambar si kecik ni. Tak reti duduk diam. Yang memeranjatkan hari tu. Qaireen sangat friendly. Habis semua orang dia tegur dan salam. Salam tu sampai lebih dari 3 kali orang yang sama hehehe Semua orang gelak tengok gelagat dia.



Masa pihak rombongan keluarga lelaki sampai ai tak dapat join tengok dan dengar sepanjang perbincangan berlangsung. Masa tu juga la Qaireen nak menyusu dan tidur. Sedih tapi nak buat macam mana. Redha aje la. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar dan dipersetujui oleh ke dua-dua keluarga. Hal-hal lain nanti pandai pandai la Nani dan pasangannya berbincang :)

Gambar Nani disarung cincin ai tak simpan pula. Nanti minta kat adik ai dan kemudia masukkan dalam entry ni. Eh apa pun gambar ai tak ambil sangat. Sibuk melayan saudara mara. Gambar-gambar kat bawah ni pun semua dari handphone adik ai Yusreena. Satu-satunya kawan ai yang hadir ke majlis ni tentula kawan baik. Nani jua namanya, dia datang dengan princessnya Adraa. Terima kasih Nani sudi datang. Nani cakap nak bergambar dengan pengantin sebelum dia balik. Inilah Nani muda bersama Nani pernah muda hahaha



Yang ni plak bergambar lepas Maghrib. Bergambar lambat sebab ingin menunggu akak Zahra balik dari seminar. Walaupun sebelum tu ai dah buka tudung, anak-anak pula dah buka baju. Masing-masing dah rimas nak mandi. Yang dah salin kena pakai semula baju semata untuk bergambar hahahah Akhirnya dapat la gambar dengan jayanya :p



Masa ni adik ai sorang Azie yang takde. Tetiba petang tu dia keluar jumpa kawan. Ada hal penting katanya. Dah tak complete satu keluarga huhuhu



Oh cakap pasal baju. Sebenarnya kain warna kelabu ni untuk dipakai masa majlis pertunangan adik ai Yusreena yang ditangguh tu. Majlis dia la yang sepatutnya nak pakai sedondon tapi dibawa ke majlis Nani. Kain ni kami beli kat Jakel dan hanya untuk perempuan je. Terima kasih enZaf sebab jadi banker hari tu :p Yang lelaki beli siap dan cari warna yang agak-agak serupa.

Tahniah adikku Nani dan pasangannya. Semoga ke jinjang pelamin. Ikutkan rancangan nak buat majlis pernikahan pada bulan 8. Memandangkan negara kita dilanda wabak Covid-19, kemungkinan besar majlis ni ditangguhkan. Bila ai tak pasti bergantung pada hasil perbincangan ke dua belah pihak. Semoga dipermudahkan buat urusan adikku ini.

No comments: