Tuesday, December 3, 2019

Last Umur 30-an


Tarikh 22hb November yang lepas genaplah umurku yang ke-39 tahun. Fuhhhh tahun depan dah masuk angka lain, peerghhhh macam tak percaya pun ada. Ape pun Alhamdulillah, diriku masih bersama dengan anak-anak yg dikasihi dan suami tercinta di sisi. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah.

Hari 22hb tu jatuh hari Jumaat. Petang tu enZaf ajak keluar lepas Maghrib. Rupanya dia nak bawa makan coklat, dia yang teringin sebenarnya haha Takpe la janji dia bawa kita kan, tak kisah la nak makan apa pun. Pergi kat Uptown Damansara, masuk Molten Chocolate Cafe. First time kot ai makan sini.



Kedainya lebih kurang sama macam DipnDip. Menu semua pun lebih kurang saja. Anak-anak dah eksaited nak makan. Hantu coklat semuanya kecuali akak Zahra. Dia makan tapi sikit-sikit saja. Sebelum tunggu makanannya sampai, harusla ai ambil gambar kesayangan.



Orang yang paling gembira. Peminat coklat tegar.



Qaireen buat tak reti je Mummy dia panggil suruh pandang camera huhu Ikut mood dia la. Selalunya tak pandang lebih dari pandang :(



Sebenarnya masa ni Qaireen baru baik dari demam, muntah dan cirit birit. Itu yang tak berapa ada mood sangat. Semua menda tak kena. Dia kalau tak sihat lagi kuat la menempel dengan ai. Susah nak buat kerja lain, tak boleh berenggang. Buat kerja rumah pun lama nak siap. Kena ambil masa banyak sebab berhenti banyak kali.

Ambil peluang ambil gambar ngan anak-anak pula. Nak bergambar sorang malu hahaha Serious ai jarang ada gambar sorang, mesti ada sesiapa akan menyelit sama. Malu dah sebab diri tak berapa nak kurus. Ada orang lain tu boleh la tutup lebihan lemak yang ada :p



Antara yg diorder. Strawberry Molten Sticks. Ini pilihan Aliah.



Brownies Crepe pilihan enZaf.



Waffle Stick pilihan Ariq.



Pilihan ai, makan semua yang ada atas meja :p Kemain laju anak-anak makan. Sugar rush semuanya malam tu haha Lepas je makan, dorang tanya Daddy makan ni je ke. Ye la takkan malam makan coklat je kan. Daddy sempat mengusik, memang makan malam kita coklat saja. Terus semua berubah muka monyok hahaha Bila Daddy beritahu tentu la makan lagi, baru la muka sorang-sorang tu happy dan lega haha. Kami semua badan je kecik tapi perut besar. Kuat makan okay.

Terima kasih enZaf, bawak makan-makan. Katanya asyik makan kek saja, kali ini kita makan coklat plak. Okay tahun ni, tahun terakhir umur 3 series. Semoga diri ini menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.

2 comments:

annapeje said...

mak pon sama malu plak nk begambo sensorg plus rasa x lengkap la kalo dorang x der kikiki

Nurhayati said...

kan.... dah biasa bergambar ngan anak2.. tetiba nak gambar sorang macam pelik.. kosong je rasa. wei lama tak muncul tetiba ada komen kat blog. terkejut mak hayam hehehe