Tuesday, December 3, 2019

Last Umur 30-an


22hb November yang lepas
genaplah umurku yang ke-39 tahun.
Fuhhhh tahun depan dah masuk angka lain,
peerghhhh macam tak percaya.
Ape pun alhamdulillah,
diriku masih bersama dengan
anak2 yg dikasihi dan suami tercinta di sisi.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah.

Hari 22hb tu jatuh hari Jumaat.
Petang tu enZaf ajak keluar
lepas Maghrib.
Rupanya nak makan cekelat,
dia yg teringin sebenarnya haha
Takpe la janji dia bawak kita kan,
tak kisah la nak makan apa pun.

Pergi kat uptown damansara,
masuk Molten Chocolate Cafe.
First time kot ai makan sini.



Kedainya lebih kurang sama macam
DipnDip..
menu semua lebih kurang aje.

Sebelum tunggu makanannya sampai,
harusla ai ambil gambar kesayangan.



Paling gembira.
Peminat cokelat tegar.



Qaireen buat tak reti je
Mummy dia panggil suh pandang camera huhu



Sebenarnya masa ni Qaireen baru baik
dari demam,muntah dan cirit birit,
itu pun tak berapa ada mood sangat.
Semua menda tak kena.

Ambil peluang ambil gambar ngan anak2.
Nak gambar sesorang malu hahaha
Serious jarang ada gambar sorang,
mesti ada sesapa menyelit. :p



Antara yg diorder.
Strawberry Molten Sticks.



Brownies Crepe.



Waffle Stick.



Kemain laju anak2 makan.
Sugar rush malam tu haha
Lepas je makan,
dorang tanya Daddy makan ni je ke.
Ye la takkan malam makan cokelat je kan.
Tentu la makan lagi lepas tu.
Macam2 la dorang ni kan.

Terima kasih enZaf,
bawak makan2.
Katanya asyik makan kek je,
kita makan cokelat plak.
Last 3 series tuk setahun.
Semoga diri ini menjadi lebih baik
tuk hari yg mendatang.

No comments: