Friday, October 4, 2019

Nasib Baik Tak Hilang


Weekend bila ai dah tak berapa ingat. Cerita lama. Masa ni kami ke OU untuk lunch dan jalan-jalan dalam shopping mall. Kami nak makan kat Teppanyaki, sampai-sampai ramai juga orang. Kena menunggu sekejap untuk dapatkan meja besar. Sementara menunggu sempat juga la ai snap gambar budak kecik ni :)



Susah nak ambil gambar Qaireen ni sorang. Tak reti nak stand still, mesti nak bergerak ke arah ai. Tak boleh nak berjauh sekejapkan. Padahal tak jauh mana pun ada la dalam 3 langkah haha Bertuah sungguh. Gambar bawah ni akak Zahra snap, terselit juga tangan Mummy yang dia tak nak lepas.



Masuk dalam butik LC Waikiki, ai nak mencari baju untuk anak-anak. Ai suka situ juga selain dari Cotton On. Harga berbaloi dengan design dan kualiti baju. Nak pula anak-anak ni cepat membesarkan, pakai sekejap je. Masa ai tengah belek baju-baju, tiba-tiba Aliah menjerit beritahu ai yang gelang tangan Qaireen dah takde. Masa dia cakap tu betapa paniknya ai. Mana taknya hilang tu emas kot, nak pula hadiah dari pemberian Mak Tok dan Tok Abah. Dah sah-sah gelabah. Cari punya cari, rupanya gelang tangan Qaireen terselit kat dalam stroller. Ya Allah leganya rasa. Nasib baik jatuh masa dia duduk dalam stroller, buatnya jatuh atas lantai masa dia tengah berjalan, meman tak jumpa dah la kan.

Nampak tak tu putus buah heart dari rantai gelangnya. Nasib baik ada. Boleh pula tercabut huhu



Sebelum ni ai memng dah perasan yang Qaireen duk menggigit gelang tu. Selalunya kalau dia menggigit tu tanda nak susu. Bila ai lambat bagi, dia akan mula la tarik gelang dengan gigi. Lapar sangat dah hehe Nasib baik masa gelang tu putus tak termasuk dalam mulut dia. Buatnya tertelan, ish nauzubillahminzalik. Alhamdulillah nasib baik jumpa dan yang penting Qaireen pun tak tertelan. Bertuahla anak oi, buat Mummy panik je. Sejak putus tu sampai sekarang ni ai tak hantar lagi betulkan gelang dia haha.. Dah beritahu Mak Tok dia pasal putus tu, takut la nanti Mak Tok dia tanya mana gelang dia sebab tak nampak kat tangankan. Beritahu siap-siap :)

Lepas dari OU kami sempat singgah minum sekejap dekat mamak Mohsin Taman Tun. enZaf ajak minum petang. Aliah tak menyempat nak pakai baju yg ai beli. Basuh pun tak lagi nak oi. Dia suka sangat sebab ada labuci kat baju tu. Anak dara ni memang suka bling bling.



Gambar bawah ni memang takde kena mengena dengan cerita OU. ni kisah keesokan harinya. Kami pergi ke Shah Alam bawa parents enZaf makan Mee Kolok. Lupa nak ambil gambar huhuhu Balik dari Shah Alam sempat singgah Starbucks drive-thru. Thank you enZaf melayan tekak isterinya.



Gambar bawah ni pun kisah hari lain, masukkan je dalam entry ni sebab ada satu je gambar yang diambil haha Kami lunch kat Paradigm Mall.



Lama rasanya tak makan kat Chicken Rice Shop. Banyak pula enZaf order. Jenuh ai perabiskan. Almaklumlah sejenis lori dbkl yang kena habiskan makanan yang tinggal. Tak makan sayangkan. Bila macam tu diri sendiri mengeluh kenapa berat tak turun-turun hihi


No comments: